Wednesday, May 11, 2011

x buleh rotan!

maso aku mulo2 posting 4 tahun dulu, aku jupo dgn ppd. biasalah dengar nasihat lebih kure. time bahagian tatatertib bui taklimat. dia ado pesan, "kamu2 semua (saloh kalu bm nih) bila dah masuk sekolah nanti, jangan rotan, cubit, tarik telinga, menjerit, keluarkan kata2 kesat, keluarkan kata2 yang tidak sopan, memalukan pelajar, mendenda pelajar (tekan tubi, berdiri atah bangku, atah meja, jalan itik, merangkak dsb), kamu juga jangan... jangan... dan jangan..." humm hok lain2 tu aku tak dengar dah.

pendek kata, jagan hukum pelajar. kalu buat silap, kita mesti tarik nafas dan hembus perlahan-lahan serta berikan sekuntum senyuman semewe. aku bila masuk sekoloh tu, dengar nasihat en pegawai td dale maso sebule jah. lepah tu aku buat apo hok cikgu2 sejati buat. niat aku sa jah, untuk mendidik. ada pelajar sekali kita nasihat dia buleh ikut, ado pelajar akan rasa sakit dulu baru buleh dengar kata. lain hulu lain pare, lain peluru lain bedil, lain kudo, lain belang, jadi kita kena guno banyok kaedoh.

aku mitok ditugaskan mengaja kelah paling hujung, 5 kelah. ado satu kes. pelajar nih agak slow dale kelah. pendiam, tidok aktif. nak jadi ke cerito, masuk bule kedua aku ngaja, latihan hok aku bui x siap2, nota hok aku suruh buat x siap2, kerja kursus pung x gerak geri.. satu hari aku panggil dio ke depan. suruh jawab soalan. hok aku doh bui jawape sblm nih. dia g ke depan dgn malas2 nya, lepah tu senyap tipah. aku suruh dio tulih jawapan sekadar hok dio ingat. sapa sudoh x leh. aku akat rotan, hinggap di bahu dio, 1kali (xleh jugok) 2kali (xleh jugok) masuk kali ke3 pung xleh. jadi cukup la lambang adidas di bahu dio. kulit manusia nih sensitif, terutama kulit yang masih suci, jernih. bila dicubit atau dirotan nescaya meninggalkan sedikit bekas utk 2, 3 hari. esoknya...

tengah aku ngaja, aku disapa oleh bunyi msg gpk petang, "datang ke pejabat saya segera". aku pergi dgn tak leh nak agak sebab apa aku dipanggil. masuk bilik dia sepasang suami isteri dok mengadap gpk ptg. duduk jah aku atah kerusi sebalah en mad, terus aku ditanya, "awk ada rotan pelajar semalam?" jengjengjeng... ada!

rupanya budak yang aku rotan smlm telah buatkan ayah dan mak x puah ati. aku tarik napas, senyum, hembus perlahan-lahan (sepatutnya aku buat nih sblm nak marah budak hehe).

bapak budak : kenapa cikgu rotan anak saya?

mak budak : dia balik semalam, dia x cakap, tapi bila dia bukak baju dia menangis, saya tengok
bahu dia ada kesan rosan, saya tanya dia jawab.. dia diam jer

gpk ptg : mcm mana awak rotan dia smlm ?

aku : eh pakcik, makcik x tanya ke kenapa saya rotan ? dia langsung x bagitahu ?

mak budak : x.. dia x bagi tau.

yang si ayah tu muka dah mcm nak terkam aku..

bapak budak : cikgu x boleh buat anak saya macam tuuu!

aku : pakcik, makcik, saya rotan dia ada sebab. sy dah bagi dia banyak peluang,
langsung dia xnak ikut. semua kerja yang saya bagi dia x siapkan. ade pelajar
yang saya boleh tegur pakai mulut. ada pulak yang memang kena hukum baru
nak beringat. jadi memang saya ngaku, rotan anak pakcikmakcik.

bapak budak : jadi kenapa sampai berbekas kat bahu dia ??

aku : eheh saya kalau kena cubit kat isteri di lengan ni pun mau 2 3 hari baru hilang.
biasalah. bila rotan di kulit akan menyebabkan kesan 2, 3 hari. xkan sampai jadi
kanser kulit punn. itu sebagai tanda untuk dia lebih beringat. jangan pandang
rendah akan ilmu yang diberi guru kalau nak jadi manusia!

memang agak panas bilik en mad. duk bertikam lidah dengan aku. mak dia nampak ok. tapi bapaknya kalahkan polis anti rusuhan. aku xnak curah diesel kat dalam api. sampuk sikit2 dah..

en mad : ala awak mintak maaf jer lah.

aku : eh eh cik mad nih, apa salah saya, xnak saya...

aku lagi : macam nih lah, nih yang cikgu saya buat dulu, saya xakan sentuh lagi, hukum lagi,
tegur lagi anak pakcikmakcik. saya akan mengaja jer. lantak dia lah nak ambil tahu
ke tidak. pakcik pun senang hati, anak x kena hukum. saya lagi senang hati, xyah
buang masa tinggalkan pelajar saya dalam kelas sekarang utk hadap kes mcm ni.

bapak dia mula cool, mata mak dia mula redup.

bapak budak : eh jangan la sampai macam tu cikguu. kesian la anak saya nanti. ketinggalan lah
dia.

aku : habis, nak saya buat macam mana? pakcik makcik, saya masih waras, saya ada
akal, saya tak akan hukum tanpa sebab. kita manusia nih, kadang2 Allah akan uji
dengan rasa sakit, baru kita akan beringat. walau bagaimanapun saya xakan
hukum pelajar2 saya sampai patah retah, cacat oku. hukum sekadar untuk
mengingatkan.

mak budak : xpelah cikgu, cikgu ajarlah anak saya baik2. dia sebenarnya anak tunggal dalam
keluarga. kat rumah pun dia manja dengan ayah dia. kadang2 bila dia balik
sekolah, saya tanya ade kerja rumah ? dia cakap x de. terus depan tv. dia x
merayap keluar cikgu. dia di rumah jer.

aku : peristiwa ni mungkin buleh dijadikan turning point (ceh magris tu) utk dia
berubah. yang penting makcik kena selalu bukak beg sekolah dia, semak buku2
dia, saya rasa dia akan lebih alert.

bapak budak : cikgu, dia ada bagitau pasal kerja kursus sejarah, dia ada tanya saya nak buat tu,
tapi bila saya tanya balik apa yang perlu dibuat, dia diam.

aku : kalu yang tu saya buleh bagi contoh. bab kerja kursus nih, memang dia perlu
bantuan famili. kalu x memang x buleh buat. nanti say bg contoh.

bapakbudak : terima kasih cikgu. maaf la sbb ganggu cikgu. saya harap cikgu x pinggirkan anak
saya. cikgu nak hukum, hukum lah, asal x cacat. saya cuma nak anak saya
berjaya.

aku : xpe.. no hal, dah memang tugas saya. nanti we keep in touch (hehe)

tu lah dia, ayah.. mak kadang2 terlepas pandang akademik anak2. lepas kes ari tu, dalam sebulan paling tidak 2 kali mesti bapak dia call aku, tanya perkembangan anaknya. satu lagi yang best, seminggu lepas kejadian, anak dia dtg jumpa aku, terus hantar kerja kursus sejarah. budak lain pun x anta lagi. memang cantik, complete, dengan apa yang aku nak. aku tanya siapa yang tolong, dia kata ayah!. tu dia, ayah bila tau anak dalam kesusahan mesti akan bantu anak dia. dengan syarat, anak mesti selalu interaksi dengan ayah. bagitau ayah apa masalah. jujur dengan ayah. baru boleh berjaya. aku pulak lepas drp kes tu terus mengajar seperti biasa, rotan peneman yang setia... siap kau budakkk!! hehe

No comments:

Post a Comment