Saturday, May 14, 2011

mari teringat 1

cikgu dulu2 amat menjaga displin pelajar. pate napok saloh skit mesti direkod dan dihukum. sekadar cukup jelingan drp guru, maka fahamlah bahawa kita sedang atau akan melakukan sesuatu yang salah disisi undang2 sekoloh. lagu mano cikgu dulu2 buleh membina imej disiplin lagu tu. adokoh pelajar2 jaman dulu penakut? tidak ganah?.. aku masih mencari jwpn, dan sedang bereksperimen dengan beberapa metod menangani masalah disiplin budok.

ado satu kisoh di sekoloh rendoh. sk tanah merah. aku sekoloh situ sejak tahun 1987 sapa 1992. darjah 1 sapa darjah 6. pendek kato aku ni duduk dale kelah hok paling panda skali 1merah. dari darjah 1merah sapa la 6 pun merah. panjang kato pulok, walau dale kelah hok paling panda tapi aku ni agak slow skit dale akademik. ngayat sokmo gerok gak. hehe dok alik main kokse.
guru besarnya en chamrass ehko (keturunan siam). aku respek dia sapa lor nih. kalu kato dulu ado doh jawate guru besar cemerlang, dia hok paling layok. the one n only. tegas, ramah, dedikasi, bersungguh, dari sekecik kecik isu dapa ko sebesa besa isu semua dia take care. sudah menjadi peraturan sekoloh tu, setiap pelajar cuma ada 2 talian hayat sepanjang persekolahan dari darjah 1 sapa darjah 6. mudahnya di sini, setiap murid x boleh melakukan lebih atau tepat-tepat 3 kesalahan. kalau dah sapa 3 kali dalam tempoh darjah 1 sapa darjah 6 maka hukuman berat akan menanti. tu diaaa....

kesalahan 1 (1987) Darjah 1
aku.. darjah satu baru jah masuk daftar sekoloh. duk dale 1 merah. humm sain2 hok lain rama dok jerit (nangis ingat ko mok ayoh). aku ? steady la... hehe. cikgu hok paling aku suko, nama dia cikgu arbaiyah, cikgu bm. dia ni bertudung labuh, yang nampak hanya mata sahaja. nok jadi ko hal, satu hari aku terlupo bawak sebuah buku teks bahasa melayu. dia maroh, dia suruh aku berdiri di luar kelah sapa masa tamat. aku takut, tapi dah salah, ikut lah. kalu lalu cikgu besar mati aku. dale duk takut2 tu, meme betul cikgu besar nyo mari round blok darjah 1. sapa dpn kelah aku, raso serupo nok terkencing. takut wooo. cikgu chamrass ni meme sohor di tanah merah. tanya la sapa2 pun. oghe hormat gilo ko dio.
bakpo dok luar kelah nih!?
tatataaa tak bawak buku cekgu.. (teketar ketar aku)
bakpo x bowok nyo!?
tetete tinggal cikgu..
lamo dio dok tgk ko aku, saiz aku dgn dia ibarat arnold susahnakeja dengan berahim pendek. lepah tu terus dio ajok aku g pejabat bilik guru besar. malu pun ado takut pun ado. sapa di pejabat ado satu buku hok paling besar (mcm buku daftar di sekoloh-cikgu2 disekoloh mesti tahu nih). dia tanyo, "mung rajin wat saloh dok sblm nih ?", mana ada tu la skali kesalahan aku. "tulis nama mung dalam buku tu, tarikh, hari, maso, kelah, nama, kesalahan, tandatangan. mung kena ingat jangan sapa nama mung tercatat 3 kali dale buku nih sepanjang persekolahan mung sini. paham? aku hangguk sedih.

kesalahan 2 (1989) Darjah 3
dale kelah tu, nama dia amy (ado sejaroh nih aku dgn dio, nati aku cerito, malu woo). budak2 dale kelah tu suko dok kutuk aku, kato aku minat ko amy. aku nih pulok jenih takut ko tino. aku malu kalu aku dikenen2 dgn amy. yo lah, budok2 lagi wei. kalu hok come x po jugok hehehehe. dok gura jah. amy tu come, come budok2. aku x igt doh lagu mano muko dio dulu. satu hari member aku dok nyakat, "yea yea takim nok ko amy, yea yea" panah telinga aku, malu sehh. member aku tubik jah kelah, aku ambil fail dio, aku conteng, aku tulih, "wei mung nak gewe ngan rogayah (ado sbb aku tulih namo nih, nato aku cerito) dok ?, aku oyak dio nati" (tu jah hok aku conteng. bukan dok maki apo pun). nasib aku x baik. dia balik kelah, wat tubik fail dari mejo, dia tgk ado tulise tuh, mapuhhh aku. teruh dia keluar kelah g report ko cikgu besar. hooo kena lagi aku... menaaat@## tu, dio dok ngato ko aku buleh. mari la cikgu besa ko kelah aku. sekali lagi aku di soal, dan aku aku mengaku. meme aku buat. dia denda aku, satu ari di sekoloh ari tu jangan paka kasut, alkaki ayam sajalah. lepah tu aku g pejabat tulih nama dalam buku besar... kali kedua.

kesalahan 3 (1991) Darjah 5
hok ni kemuncak kesalahan aku. aku nih sejak darjah 4 dilantik jadi pengawas sekoloh. pakai baju warna cokelat mudo. dalam minda aku, jangan sekali-kali wat salih kalu dok, malu oghe tgk, pengawas dok bejenih. dalam kelah 5 merah. cikgu matematik aku ni, baik sangat. lelaki, rambutnya macam jamal abdillah dulu2. cikgu abdul ghani namanya. cara dia ngaja aku mudoh faham. dalam pertengahan tahun, sebelum cuti sekoloh cikgu ghani bui soalan latihan untuk buat maso cuti sekoloh. lebih kurang 30 soalan. naik cuti dio kata kene siapkan. kalu dok dio hukum. naik cuti sekoloh, dio pun semak buku. sapa giliran aku, terkantoi 2 soalan jah aku x siapkan. x reti nok buak. terus dio suruh duduk luar kelah. aku merayu mitok maaf. dia x kasi can. last sekali redha jelah. meme salah aku. dio kato kalu cikgu besar x round, aku selamat. kalu nyo round, mapuh kerah. dale hati dok luar kelah tu aku doa cukup, supaya cikgu chamrass malah nak round kelas. ruponya doa aku tu di tolok. lalu cikgu besar, dio dah cam aku, terus ajok g pejabat.

di pejabat skali lagi aku kena tulih nama. dia check nama aku dale buku tu. "mung nih masuk kali ketiga dah dale tepoh 5 tahun nih wat saloh. lor nih mung pilih rotan mano hok mung nok dale 3 nih (aku pilih medium). dengan ini saya guru besar en chamrass ehkoo menjatuhkan hukuman rotan sebanyak 3 kali di atas kesalahan yang telah kamu lakukan (tu lah lebih kurang ayat pertuduhan). kamu mengaku ? (aku hangguk jah, dale hati dok kecut perut, sakit woo kalu kena)".

zzzzappp 3x kat punggung aku. pakai spendar cap kulit buaya pun x guna. memang terasa libasan tu. kali pertama aku kan terus melompat. kali kedua dan ketiga aku tahannnn sakit. habis hukuman ada lagi yang hukuman lain. ni yang paling aku dan pelajar2 lain takut. setiap pelajar yang telah dihukum rotan akan dihantar pulang sendiri oleh cikgu besar ke rumah. samada naik mercedes (yg dulu2 punya) atau motor honda samah (tanya oghe kelate). aku dengan berat melangkah ke kelas, kemas beg (cikgu ghani tengokkk jer dgn mata yang sayu), tunggu kat parking guru besar. ingatkan dapat rasa naik mercedes, naik moto pulok. lagi la aku malu. ye lah, mesti lalu bandar, lalu hospital (sbb aku tggal di quaters hospital). kalu cikgu besar bawak murid pulang mesti ada masalah.

sapa rumah dia pesan supaya maklum pada ayah aku, kenapa aku dibawa kelik. rumah aku tingkat 4. sapa di rumah adik aku tergezut tgk aku kelik awal. aku senyap jah. tgahri abg aku kelik, tegezut jugok (ceh semua tegeZut, aku tak pun). hok aku tersenyum sapa hari nih, abg aku bilik dio tau salah aku, terus amik air semayang, berdoa tok putuh2 supaya bila ayoh aku kelik dia x ngamok. hehe gilo lawok raso maso tuh. kumat kamit dio. masanya telah tiba, mak aku lebih dulu sampai rumah. biasanya dia dulu akan samapai rumah, sebab aku sapa lambat, naik bas sekoloh. dia heran balik2 tgk aku ado doh. dale dok soal jawab, aku dgr kereta ayoh aku pulok, ketak, ketuk bunyi kasut dio. jatung aku supo nok pecoh.. berdebar, nok teberok, nok tekencing suma ado.. ayoh aku bekeng sehh. jgn la wat saloh.
masuk jah ayoh aku dale umoh.... (hehe sambung episod 2. panjang sgt nih)

No comments:

Post a Comment