Tuesday, May 24, 2011

sibok wehh lepah perikso nih

aku ngajar subjek sejaroh. bisonya aku dale sejaroh. dok johor 3 tahun dok ngajar sejaroh jah. nyo mari saboh, bui ngaja sejaroh nga bm. cikgu2 jaman lor nih x leh pegang doh retorik jaman dulu. dulu kito selalu dgr, cikgu2 nih keno mahir dale semua hal. pendek kata, cikgu ni serba boleh ngaja. bagi aku setiap cikgu harus ado bidang kepakaran sediri. mesti fokus dalam bidang sediri. mesti selalu bereksperimen dale bidang sediri. supayo apo? supayo anok2 pelajar mampu capai apo hok cikgu harap. kito xleh amik hok ni sikit, amik hok tu sikit. oghe kato xdok fokus.

tapi nok buak lagu mano, alasan klise yg selalu didengar, sekoloh mmg x cukup cekgu. aku terimo jugoklah untuk aja BM. 5 bulan aku ngaja BM. cabaran cukup besar bagi aku, cekgu hok tok penoh telibat dgn BM secara profesional. keno pulok, rata2 anak sabah nih bilo tiba bab penulisan mulo tulis ikut dialek percakapan seharian. lagu mano dio bekecek hari2, lagu tu lah penulisan dio.

minggu lepah aku sibuk dok semok kertas2 periksa. sejaroh punyo, no problem. dale palo belako doh. tapi bilo semok kertas 2 BM, huh, habih lite pukang. kertas 2 bg hok doh x igt, ado 4 bahagian. a, b, c & d. dari bahagian a sapa ko bahadian d, semua kube. kokse. kokde (paham dok nih?) banyok perkataan2 daerah dan gaya percakapan suku kaum digunakan dlm penulisan. contohnya ; mengsiokkan, mengbestkan, kadapatan, limpang, dan ada satu istilah yg selalu digunakan kat sabah nih, buleh bah kalo kau.. perghh punyalah

mungkin faktor geografi menjadi penyebab utama. sebab tulah aku, gilo2 brain budok nih. dulu maso aku sekoloh, cikgu2 maso dulu bilo ngaja mesti kecek klate. jadi budok2 akn terikut dgn gaya bahasa lagu tuh. hok mano darat jah molek skit penulisannya. bilo nok kecek bahasa standard mulolah, uihhh kuak bau budu wehh. stigma tu masih melekat sapa lor nih. sebab tu mmg tepat arahan kerajaan, aku x igt tahunnya bilo tapi raso2nya awal 1990an, kajaan arahkan semua kakitangan kerajaan di semua negeri guna bahasa malaysia standard bilo bekerja. termasuklah cikgu2. paling ketara aku napok berubah adalah, radio malaysia klate maso tuh. habih pakat kecek luar. mulo2 aku ralat dok dgr. tapi lamo2 boleh membantu meningkatkan mutu penulisan aku.

tapi lor nih aku yakin rakyat klate banyok doh beruboh dari segi pengusaan bahasa. bahasa darah daging meme pekat melikat. tapi bahasa standard x bau budu lagi doh.. anok aku lor nih sedari kecek lagi aku kecek mace2 bahaso. aja mace2 bahaso. kawin campur nih utung. klate buleh, kecek luar buleh, magris buleh, cino buleh skit2. jaman akan dtg xtahu lagu mano situasinya. jadi hok mano cikgu2 luar sano, kalu buleh bilo ngaja biasokan untuk komunikasi bahasa malaysia standard. supayo dunio pelajar akan lebih luah. tidok sekadar dikampungan semata-mata.

2 hari aku amik maso semok kertas 2 BM. tgh semok2 tuh tahulah aku mano kekurangannya. jadi keno buak eksperimen utk ubah gaya bahasa pelajar aku. hok nilah maksud aku penting tiap cikgu perlu fokus pada subjek kepakaran dia sahaja. supaya otak dio buleh ligat memikirkan 1001 cara untuk bereksperimen dgn pelajar.

selamat berksperimen... bla gaji tok naik pung, aku tggu pilihanraya umum nati.. hehe

Monday, May 16, 2011

mari teringat 2

masuk dale umah, dio kelih aku dok atah kusi. dia heran sbb aku sapa dulu drp dio. pendek cerita, dia tahu jah kesalahan aku, terus kena tampar, penyepak, sebat, semua cukup. sakit woo. meraung aku mitak maah. mak aku hanya tgk. dio pun napok geram. mmg aku dibalun cukup2. aku dapat rasa, kesalahan aku, buatkan ayah aku dapat malu besar. pukul 2 ptg dia g pejabat semula. dia g pejabat , mak aku pulok sambung. adeh deh deh..

ayah aku balik dari pejabat pukul 4.30 ptg. dia senyap x kecek banyok. dia mandi, solat asar dia panggil aku suruh bersiap-siap. nak g rumah guru besar katanya. aku kecut perut kelik. dalam perjalanan ke rumah guru besar dia diam, x kecek. sapa rumah en chamrass, aku tgk dia pakai singlet dan seluar pendek kala putih dok bakar sampah. ayoh aku bilo ngadap mr chamrass, ayat mulo2, "cikgu, ambo mitak maah". sayu hati aku. aku hok besaloh sebenarnya. walaupun napok x salah berat, tp tiap2 ayoh & mok dale dunio ni, bilo dio hantar anak ke sekoloh maka dia nok anok dio berjaya mengikut sistem sekoloh tu. mr chamrass jeput aku & ayoh naik ke rumoh dio. (rumah dio nih dale kawase sekoloh jugok). masuk dale rumah, aku tgk ado satu sudut, penuh dgn akhbar2 lama. banyok... kalu susun buleh jadi setinggi rumah 2 tingkat. akhbar ada majalah ado. perabot x dok la hok eksklusif. hanya kerusi rotan. isteri dia ado buak air teh o. selepas tu mulalah bicara antara ayoh aku dengan mr chamrass. banyok hok dio dok bice. mace2. aku bilo di tegur akn hangguk, tanda kesal. lama.. dekat 1 jam d rumah mr chamrass. mace2 nasihat dio bui. dari cara dia kecek, tahulah aku, ilmu org tua tu cukup tinggi, pengalame cukup banyok. dia meme manusia hebat.

itulah cikgu zaman dulu. aku bilo kenang2 kelik, kesalahan aku dulu x besar kalu nak dibanding dengan undang2 zaman lor nih. 3 kali jah buak saloh dale tempuh lebih kurang 1825 hari sekoloh. tapi itulah sekecik-kecik kesalahan akan diberi seberat-berat hukuman. aku bertuah bilo ayoh aku cukup cakna akn perihal aku di sekoloh. cikgu pulok terus-terusan dok sumbat ilmu di sekoloh. budak2 napok x dok ruang nak buak saloh.

buke sedikit jaso hok cikgu curah. dari urusan untuk jadi bijak pandai sampai urusan untuk jadi manusio. segalo-galo terletok pado cikgu. tambah2, hok jadi cikgu zaman lor nih. lagi banyok cabaran. bebannya lagi bertambah. cikgu nih hanya mengeluh. ado hok memberontak. tapi tahu2 sajalah bila kito ambik caro agresif maka keputusan pihak atasan akan agresif. tapi itulah cikgu, lagu-lagu mana pun dio akn penting kan dua perkara kepada pelajar, satu disiplin, satu ilmu. supaya pelajar bilo dio tubik sekoloh, dio buleh guna dua perkara tu untuk jadi manusia.

kepada cikgu saya,
sain2 saya hok jadi cikgu,
selamat hari cikgu, cikgu.

Saturday, May 14, 2011

mari teringat 1

cikgu dulu2 amat menjaga displin pelajar. pate napok saloh skit mesti direkod dan dihukum. sekadar cukup jelingan drp guru, maka fahamlah bahawa kita sedang atau akan melakukan sesuatu yang salah disisi undang2 sekoloh. lagu mano cikgu dulu2 buleh membina imej disiplin lagu tu. adokoh pelajar2 jaman dulu penakut? tidak ganah?.. aku masih mencari jwpn, dan sedang bereksperimen dengan beberapa metod menangani masalah disiplin budok.

ado satu kisoh di sekoloh rendoh. sk tanah merah. aku sekoloh situ sejak tahun 1987 sapa 1992. darjah 1 sapa darjah 6. pendek kato aku ni duduk dale kelah hok paling panda skali 1merah. dari darjah 1merah sapa la 6 pun merah. panjang kato pulok, walau dale kelah hok paling panda tapi aku ni agak slow skit dale akademik. ngayat sokmo gerok gak. hehe dok alik main kokse.
guru besarnya en chamrass ehko (keturunan siam). aku respek dia sapa lor nih. kalu kato dulu ado doh jawate guru besar cemerlang, dia hok paling layok. the one n only. tegas, ramah, dedikasi, bersungguh, dari sekecik kecik isu dapa ko sebesa besa isu semua dia take care. sudah menjadi peraturan sekoloh tu, setiap pelajar cuma ada 2 talian hayat sepanjang persekolahan dari darjah 1 sapa darjah 6. mudahnya di sini, setiap murid x boleh melakukan lebih atau tepat-tepat 3 kesalahan. kalau dah sapa 3 kali dalam tempoh darjah 1 sapa darjah 6 maka hukuman berat akan menanti. tu diaaa....

kesalahan 1 (1987) Darjah 1
aku.. darjah satu baru jah masuk daftar sekoloh. duk dale 1 merah. humm sain2 hok lain rama dok jerit (nangis ingat ko mok ayoh). aku ? steady la... hehe. cikgu hok paling aku suko, nama dia cikgu arbaiyah, cikgu bm. dia ni bertudung labuh, yang nampak hanya mata sahaja. nok jadi ko hal, satu hari aku terlupo bawak sebuah buku teks bahasa melayu. dia maroh, dia suruh aku berdiri di luar kelah sapa masa tamat. aku takut, tapi dah salah, ikut lah. kalu lalu cikgu besar mati aku. dale duk takut2 tu, meme betul cikgu besar nyo mari round blok darjah 1. sapa dpn kelah aku, raso serupo nok terkencing. takut wooo. cikgu chamrass ni meme sohor di tanah merah. tanya la sapa2 pun. oghe hormat gilo ko dio.
bakpo dok luar kelah nih!?
tatataaa tak bawak buku cekgu.. (teketar ketar aku)
bakpo x bowok nyo!?
tetete tinggal cikgu..
lamo dio dok tgk ko aku, saiz aku dgn dia ibarat arnold susahnakeja dengan berahim pendek. lepah tu terus dio ajok aku g pejabat bilik guru besar. malu pun ado takut pun ado. sapa di pejabat ado satu buku hok paling besar (mcm buku daftar di sekoloh-cikgu2 disekoloh mesti tahu nih). dia tanyo, "mung rajin wat saloh dok sblm nih ?", mana ada tu la skali kesalahan aku. "tulis nama mung dalam buku tu, tarikh, hari, maso, kelah, nama, kesalahan, tandatangan. mung kena ingat jangan sapa nama mung tercatat 3 kali dale buku nih sepanjang persekolahan mung sini. paham? aku hangguk sedih.

kesalahan 2 (1989) Darjah 3
dale kelah tu, nama dia amy (ado sejaroh nih aku dgn dio, nati aku cerito, malu woo). budak2 dale kelah tu suko dok kutuk aku, kato aku minat ko amy. aku nih pulok jenih takut ko tino. aku malu kalu aku dikenen2 dgn amy. yo lah, budok2 lagi wei. kalu hok come x po jugok hehehehe. dok gura jah. amy tu come, come budok2. aku x igt doh lagu mano muko dio dulu. satu hari member aku dok nyakat, "yea yea takim nok ko amy, yea yea" panah telinga aku, malu sehh. member aku tubik jah kelah, aku ambil fail dio, aku conteng, aku tulih, "wei mung nak gewe ngan rogayah (ado sbb aku tulih namo nih, nato aku cerito) dok ?, aku oyak dio nati" (tu jah hok aku conteng. bukan dok maki apo pun). nasib aku x baik. dia balik kelah, wat tubik fail dari mejo, dia tgk ado tulise tuh, mapuhhh aku. teruh dia keluar kelah g report ko cikgu besar. hooo kena lagi aku... menaaat@## tu, dio dok ngato ko aku buleh. mari la cikgu besa ko kelah aku. sekali lagi aku di soal, dan aku aku mengaku. meme aku buat. dia denda aku, satu ari di sekoloh ari tu jangan paka kasut, alkaki ayam sajalah. lepah tu aku g pejabat tulih nama dalam buku besar... kali kedua.

kesalahan 3 (1991) Darjah 5
hok ni kemuncak kesalahan aku. aku nih sejak darjah 4 dilantik jadi pengawas sekoloh. pakai baju warna cokelat mudo. dalam minda aku, jangan sekali-kali wat salih kalu dok, malu oghe tgk, pengawas dok bejenih. dalam kelah 5 merah. cikgu matematik aku ni, baik sangat. lelaki, rambutnya macam jamal abdillah dulu2. cikgu abdul ghani namanya. cara dia ngaja aku mudoh faham. dalam pertengahan tahun, sebelum cuti sekoloh cikgu ghani bui soalan latihan untuk buat maso cuti sekoloh. lebih kurang 30 soalan. naik cuti dio kata kene siapkan. kalu dok dio hukum. naik cuti sekoloh, dio pun semak buku. sapa giliran aku, terkantoi 2 soalan jah aku x siapkan. x reti nok buak. terus dio suruh duduk luar kelah. aku merayu mitok maaf. dia x kasi can. last sekali redha jelah. meme salah aku. dio kato kalu cikgu besar x round, aku selamat. kalu nyo round, mapuh kerah. dale hati dok luar kelah tu aku doa cukup, supaya cikgu chamrass malah nak round kelas. ruponya doa aku tu di tolok. lalu cikgu besar, dio dah cam aku, terus ajok g pejabat.

di pejabat skali lagi aku kena tulih nama. dia check nama aku dale buku tu. "mung nih masuk kali ketiga dah dale tepoh 5 tahun nih wat saloh. lor nih mung pilih rotan mano hok mung nok dale 3 nih (aku pilih medium). dengan ini saya guru besar en chamrass ehkoo menjatuhkan hukuman rotan sebanyak 3 kali di atas kesalahan yang telah kamu lakukan (tu lah lebih kurang ayat pertuduhan). kamu mengaku ? (aku hangguk jah, dale hati dok kecut perut, sakit woo kalu kena)".

zzzzappp 3x kat punggung aku. pakai spendar cap kulit buaya pun x guna. memang terasa libasan tu. kali pertama aku kan terus melompat. kali kedua dan ketiga aku tahannnn sakit. habis hukuman ada lagi yang hukuman lain. ni yang paling aku dan pelajar2 lain takut. setiap pelajar yang telah dihukum rotan akan dihantar pulang sendiri oleh cikgu besar ke rumah. samada naik mercedes (yg dulu2 punya) atau motor honda samah (tanya oghe kelate). aku dengan berat melangkah ke kelas, kemas beg (cikgu ghani tengokkk jer dgn mata yang sayu), tunggu kat parking guru besar. ingatkan dapat rasa naik mercedes, naik moto pulok. lagi la aku malu. ye lah, mesti lalu bandar, lalu hospital (sbb aku tggal di quaters hospital). kalu cikgu besar bawak murid pulang mesti ada masalah.

sapa rumah dia pesan supaya maklum pada ayah aku, kenapa aku dibawa kelik. rumah aku tingkat 4. sapa di rumah adik aku tergezut tgk aku kelik awal. aku senyap jah. tgahri abg aku kelik, tegezut jugok (ceh semua tegeZut, aku tak pun). hok aku tersenyum sapa hari nih, abg aku bilik dio tau salah aku, terus amik air semayang, berdoa tok putuh2 supaya bila ayoh aku kelik dia x ngamok. hehe gilo lawok raso maso tuh. kumat kamit dio. masanya telah tiba, mak aku lebih dulu sampai rumah. biasanya dia dulu akan samapai rumah, sebab aku sapa lambat, naik bas sekoloh. dia heran balik2 tgk aku ado doh. dale dok soal jawab, aku dgr kereta ayoh aku pulok, ketak, ketuk bunyi kasut dio. jatung aku supo nok pecoh.. berdebar, nok teberok, nok tekencing suma ado.. ayoh aku bekeng sehh. jgn la wat saloh.
masuk jah ayoh aku dale umoh.... (hehe sambung episod 2. panjang sgt nih)

Thursday, May 12, 2011

kueh ambo sedap jelira






"Ketupat-ketupat ketape
Beke chek mek teghe woh hulu
Jelepak akok serabe
Taik itik woh gomok kosu
Nekbak onde2 senggupal puting sagu
Cendol lopak tike buoh tanjung
koleh ubi kayu
Cacar tepung ape
tepung suna teri mandi
Cucur putu maye
tepung bukus"

bilo mari jauh dok tepak oghe, nok x nok nyo mari teringat ko segalo jenih moknike makanan di kg. klate kayo dengan kuih tradisi. supo kato halim yazid, nok buak kueh klate nih x payoh benar. benda asas hanya tepung, gulo & telur. maka keluarlah seribu sa jenih. ikut pado selero kito nok make. aku kalu bab kue dari kecik suko make lopat tikam, butir nako, akok, cendol, ketupat sambal daging (humm hok tok aku buat sedap sengoti wei), tait itik dan tepung bukuh. banyok lagi tu kalo nok senara.

pagi2 sebelum aku g sekoloh, mak aku kadang2 ado buat brekfas, uli telur dale tepung, capur gulo skit terus jadi lempeng @ pankek (betul ke eja nih). minum dgn teh o. huh keyur air liur teringat gak.

pagi2 diklate meme stail make nasik belauk. puye lor nih pulok nyo famous aye kampung. x kiro lah goreng ko gula ko, sedap nyakut wei. nak kali cuti sekoloh aku kelik kg mesti cari nasi belauk aye kg. jauh dari rumah pung aku g. hehe anok aku pun lor jenih make nasik alik pagi. x main la sosej2 nih. pagi hari lagi cari nasik. jenuh popo dio nok masok nasik. mujur jenih x cerewet. nasik capur kicap nga telur pun jadi ali pagi.

hmm tu lar oghe kato hujan mas, tepat oghe,
huje batu tepat sediri, nyo molek tepat sediri jugok.

apopun aku jenih suko jale. g tepat oghe sedap2 dulu, tra hok mano patut,
cari pengalame, sapa maso aku akn kelik tepat asal aku.
permaisuri aku jenih oghe suko belaja. gapo hok aku nok make di tra buak.
nasi dage, nasik kabu.. huh sedap. ari tu sebuk kato teringat ko nasik kabu,
kelik dumoh ado doh... nasik kabu. prihatin sungguh permaisuri ambo (mesti dio sengih kalu dok baco nih hehe).

gedio nok kato lagi, kelik cuti sekoloh nati aku gomo kueh sedap2.
gomo kue gomo!

Wednesday, May 11, 2011

dalam kenange... wnw 6550

proton wira s.e. 1.5 tahun 2006, wnw 6550
dia bersama aku dari 2006 sapa 2010 (bule 5).

kali pertama aku bowok kereta tahun 2004. kereta kancil 850 bonda aku.
kancil tu aku beli dr bonda aku tahun 2010 jugok.
lepah kancil, 2005 tu aku bli pulok proton wira sedan 1.5. tu ayoh aku punya.
dia beli tahun 1997. banyak sejarah kereta tu. banyok juga jasa dia.
aku pakai dalam setahun lebih skit, aku jual (nyesal sampai lor nih).
aku beli pulok wira s.e. tahun 2006.
seperti dalam gambar tu, kereta tu masih mantap, tegap, gagah serupo aku.

banyok doh tepat di semenanjung malaysia aku redah dgn 6550.
dari utara ke selate, dari barat ke timur dan akhir sekali aku berpisah dengannya di selate.
sepanjang aku dengan dia, kalu bab eksiden teruk2 x rajin lagi. ado hok minor2 jah. hehe.

tahun 2006, aku x ingat bln brapa, teksi langgar dia di bucu sebelah kanan.
tahun 2009, aku potong lori, tp atah beberapa masalah aku terpaksa langgar trellar
dari sebelah tepi, sekali lagi tempat yang sama
terima akibat. (time kene tu anak aku baru masuk 2 tahun, tidur di seat dia,
permaisuri aku tidur di belakang. berdentum bunyi,
permaisuri aku terbangun terus aku cakap x de apa2, terlanggar kayu atas jalan. hehe).
aku tgk dari side mirror, lori tu bergoyang beb. aku langgar bucu depan
sebelah sebelah kanan. aku x stop terus pecut. lori kuang hajar. tu sebabnya.
aku yakin lori dia x de luka apa2.

sian 6550. 2 kali kena tempat yang sama. apapun dia tetap hebat.
sepanjang hampir 4 tahun x pernah bagi masalah. enjin mantap, kuasa pecutan hebat,
terutama ketika mendaki. servis aku ikut jadual. aku langsung x de buat perubahan besar2.
aku cuma tukar sound systems, pasang lcd, tukar stereng jah. lain2 standard.
inilah keluaran proton yang aku rasa boleh dibanggakan.

namun, apo nak di kato. jarak nak kelik kg amat
jauh (dari johor ke kelate terpaksa redah 3 negeri baru sapa).
jadi aku amik keputusan untuk up hok lebih kemah sikit. selesa skit perjalane.

saat2 akhir aku dengan dia amat pilu. sedih wooo.
cina yang bli kereta aku terkejut tgk. "wah awk punya kereta ni bagus lagi arr".
macam baru lagi (hehe dia punya km dah cecah 100,000).
tapi aku maintain baik punya. enjin x bising. aircond masih sejuk giler,
sound sistem ok, xdak bunyi kriak kriuuk. dia letak harga 25K. aku setuju.
aku perlu serah dio esok. balik aku, basuh, aku gilap cukup2, aku amik gambar cukup2.
aku usap cukup2. timo kasih banyok2 sebab banyok buat jaso pado aku.

maso serah, tegok cina tu bawak kereta aku, sayu.. pulok.
aku tgk dia sapa hilang dr pandangan mata... :( terima kasih sahabat.

aku amik JME pulok utk bersain dgn aku.
selamat tinggal WNW. mugo2 mung buleh sain hok molek.

lawak akil baligh 1

lawok akil baligh

member aku, buke aku oyak...

sepasang suami isteri hidup penuh aman damai. tambahan pula dikurniakan
seorang anak lelaki. baru 3 tahun. pandai doh dia berkecek. suko main bola.
ayohnya kijo swasta, offshore. jare2 buleh jupo isteri. isteri pulok comel
la jugok. mudo lagi tu dale 30 an. kijo nurse.

suami isteri nih doh pakat, kalu istilah hubungan intim tu kita panggil basuh kain,
kalau anak tanya. biasalah, anak2 zaman lor nih cepat panda sehh. balik dari pelantar
minyak nyo mari hajat nak basuh kain... nok oyat sediri malu, panggil anok dia.

ayoh : boboy mari sini semeta

boboy : gedio gak yoh, boboy nak main bola nga apek pun x buleh

ayoh : mari sini gak.. boboy g jupo ibu dapur nuh jap, cakap ko ibu, ayoh nak basuh
kain malam nih.

boboy : ok, beyeh yoh

anok laki dio terus belari ke dapur, nak sapa pesanan ayoh. dalam kepala dio,
gilo apo ayoh aku ni, male2 nok basuh kain.

ibu : jangan dok hungga gak, jatuh nati

boboy : ibu, ibu, ayoh cakap dio nak basuh kain malam ni.

ibu : huh, oyat kat ayoh tu, malam nih x leh basuh kain, mesin basuh punoh.

boboy : punoh pulok ko bu, suruh ayoh bli baru la, cap singa pulok

ibu : xsoh dok komen lar, g oyak ko ayoh tu

dengan penuh sucinya, si boboy berlari ko ayoh dio pulok.

ayoh : pahtu ibu cakap apo

boboy : hok aloh ayoh, ibu oyak mesin basuh punoh pulok. ayoh bli hok baru la. bereh
k ayoh, boboy nok g main bola nih ngan apek

ayoh : humm g la... :(

kecewo lar si ayoh dengar mesin basuh punoh (trafik lite kala merah beb)
bersambung seminggu kedian. sedang si ibu berehat di ruang tamu..

ibu : boboy, mari semeta

boboy : ya bu..

ibu : ayah mana?

boboy : ada.. dok basuh kete kat luar

ibu : hmm.. g bagitau ayah, kalau dia nok basuh kain malam ni buleh la, mesin
basuh dah ok.. :)

boboy : molek pulok doh ibu? ibu buak lagu mana ?

ibu : hishh boboy nih, xsoh dok banyak tanya la

boboy : beyeh buu..

ayohnya dok tungging2 basuh kereta, penat siut.

boboy : ayoh, ayoh.. ibu cakap kalu nok basuh kain malam ni buleh la. mesin basuh dah ok

ayoh : huh x payoh!

boboy : bakpo pulok ayoh ?

ayoh : cakap kat ibu, ayah dah basuh sendiri, pakai tangan !!!

hehehe..:)

x buleh rotan!

maso aku mulo2 posting 4 tahun dulu, aku jupo dgn ppd. biasalah dengar nasihat lebih kure. time bahagian tatatertib bui taklimat. dia ado pesan, "kamu2 semua (saloh kalu bm nih) bila dah masuk sekolah nanti, jangan rotan, cubit, tarik telinga, menjerit, keluarkan kata2 kesat, keluarkan kata2 yang tidak sopan, memalukan pelajar, mendenda pelajar (tekan tubi, berdiri atah bangku, atah meja, jalan itik, merangkak dsb), kamu juga jangan... jangan... dan jangan..." humm hok lain2 tu aku tak dengar dah.

pendek kata, jagan hukum pelajar. kalu buat silap, kita mesti tarik nafas dan hembus perlahan-lahan serta berikan sekuntum senyuman semewe. aku bila masuk sekoloh tu, dengar nasihat en pegawai td dale maso sebule jah. lepah tu aku buat apo hok cikgu2 sejati buat. niat aku sa jah, untuk mendidik. ada pelajar sekali kita nasihat dia buleh ikut, ado pelajar akan rasa sakit dulu baru buleh dengar kata. lain hulu lain pare, lain peluru lain bedil, lain kudo, lain belang, jadi kita kena guno banyok kaedoh.

aku mitok ditugaskan mengaja kelah paling hujung, 5 kelah. ado satu kes. pelajar nih agak slow dale kelah. pendiam, tidok aktif. nak jadi ke cerito, masuk bule kedua aku ngaja, latihan hok aku bui x siap2, nota hok aku suruh buat x siap2, kerja kursus pung x gerak geri.. satu hari aku panggil dio ke depan. suruh jawab soalan. hok aku doh bui jawape sblm nih. dia g ke depan dgn malas2 nya, lepah tu senyap tipah. aku suruh dio tulih jawapan sekadar hok dio ingat. sapa sudoh x leh. aku akat rotan, hinggap di bahu dio, 1kali (xleh jugok) 2kali (xleh jugok) masuk kali ke3 pung xleh. jadi cukup la lambang adidas di bahu dio. kulit manusia nih sensitif, terutama kulit yang masih suci, jernih. bila dicubit atau dirotan nescaya meninggalkan sedikit bekas utk 2, 3 hari. esoknya...

tengah aku ngaja, aku disapa oleh bunyi msg gpk petang, "datang ke pejabat saya segera". aku pergi dgn tak leh nak agak sebab apa aku dipanggil. masuk bilik dia sepasang suami isteri dok mengadap gpk ptg. duduk jah aku atah kerusi sebalah en mad, terus aku ditanya, "awk ada rotan pelajar semalam?" jengjengjeng... ada!

rupanya budak yang aku rotan smlm telah buatkan ayah dan mak x puah ati. aku tarik napas, senyum, hembus perlahan-lahan (sepatutnya aku buat nih sblm nak marah budak hehe).

bapak budak : kenapa cikgu rotan anak saya?

mak budak : dia balik semalam, dia x cakap, tapi bila dia bukak baju dia menangis, saya tengok
bahu dia ada kesan rosan, saya tanya dia jawab.. dia diam jer

gpk ptg : mcm mana awak rotan dia smlm ?

aku : eh pakcik, makcik x tanya ke kenapa saya rotan ? dia langsung x bagitahu ?

mak budak : x.. dia x bagi tau.

yang si ayah tu muka dah mcm nak terkam aku..

bapak budak : cikgu x boleh buat anak saya macam tuuu!

aku : pakcik, makcik, saya rotan dia ada sebab. sy dah bagi dia banyak peluang,
langsung dia xnak ikut. semua kerja yang saya bagi dia x siapkan. ade pelajar
yang saya boleh tegur pakai mulut. ada pulak yang memang kena hukum baru
nak beringat. jadi memang saya ngaku, rotan anak pakcikmakcik.

bapak budak : jadi kenapa sampai berbekas kat bahu dia ??

aku : eheh saya kalau kena cubit kat isteri di lengan ni pun mau 2 3 hari baru hilang.
biasalah. bila rotan di kulit akan menyebabkan kesan 2, 3 hari. xkan sampai jadi
kanser kulit punn. itu sebagai tanda untuk dia lebih beringat. jangan pandang
rendah akan ilmu yang diberi guru kalau nak jadi manusia!

memang agak panas bilik en mad. duk bertikam lidah dengan aku. mak dia nampak ok. tapi bapaknya kalahkan polis anti rusuhan. aku xnak curah diesel kat dalam api. sampuk sikit2 dah..

en mad : ala awak mintak maaf jer lah.

aku : eh eh cik mad nih, apa salah saya, xnak saya...

aku lagi : macam nih lah, nih yang cikgu saya buat dulu, saya xakan sentuh lagi, hukum lagi,
tegur lagi anak pakcikmakcik. saya akan mengaja jer. lantak dia lah nak ambil tahu
ke tidak. pakcik pun senang hati, anak x kena hukum. saya lagi senang hati, xyah
buang masa tinggalkan pelajar saya dalam kelas sekarang utk hadap kes mcm ni.

bapak dia mula cool, mata mak dia mula redup.

bapak budak : eh jangan la sampai macam tu cikguu. kesian la anak saya nanti. ketinggalan lah
dia.

aku : habis, nak saya buat macam mana? pakcik makcik, saya masih waras, saya ada
akal, saya tak akan hukum tanpa sebab. kita manusia nih, kadang2 Allah akan uji
dengan rasa sakit, baru kita akan beringat. walau bagaimanapun saya xakan
hukum pelajar2 saya sampai patah retah, cacat oku. hukum sekadar untuk
mengingatkan.

mak budak : xpelah cikgu, cikgu ajarlah anak saya baik2. dia sebenarnya anak tunggal dalam
keluarga. kat rumah pun dia manja dengan ayah dia. kadang2 bila dia balik
sekolah, saya tanya ade kerja rumah ? dia cakap x de. terus depan tv. dia x
merayap keluar cikgu. dia di rumah jer.

aku : peristiwa ni mungkin buleh dijadikan turning point (ceh magris tu) utk dia
berubah. yang penting makcik kena selalu bukak beg sekolah dia, semak buku2
dia, saya rasa dia akan lebih alert.

bapak budak : cikgu, dia ada bagitau pasal kerja kursus sejarah, dia ada tanya saya nak buat tu,
tapi bila saya tanya balik apa yang perlu dibuat, dia diam.

aku : kalu yang tu saya buleh bagi contoh. bab kerja kursus nih, memang dia perlu
bantuan famili. kalu x memang x buleh buat. nanti say bg contoh.

bapakbudak : terima kasih cikgu. maaf la sbb ganggu cikgu. saya harap cikgu x pinggirkan anak
saya. cikgu nak hukum, hukum lah, asal x cacat. saya cuma nak anak saya
berjaya.

aku : xpe.. no hal, dah memang tugas saya. nanti we keep in touch (hehe)

tu lah dia, ayah.. mak kadang2 terlepas pandang akademik anak2. lepas kes ari tu, dalam sebulan paling tidak 2 kali mesti bapak dia call aku, tanya perkembangan anaknya. satu lagi yang best, seminggu lepas kejadian, anak dia dtg jumpa aku, terus hantar kerja kursus sejarah. budak lain pun x anta lagi. memang cantik, complete, dengan apa yang aku nak. aku tanya siapa yang tolong, dia kata ayah!. tu dia, ayah bila tau anak dalam kesusahan mesti akan bantu anak dia. dengan syarat, anak mesti selalu interaksi dengan ayah. bagitau ayah apa masalah. jujur dengan ayah. baru boleh berjaya. aku pulak lepas drp kes tu terus mengajar seperti biasa, rotan peneman yang setia... siap kau budakkk!! hehe

ingat kelik 2

baik mung ngaku gapo mung doh buat 2

Aku sapa lor ni x cerita kisah ni ko mok ayoh aku. X payoh larr. Report polis pon dok. Kalu nok kiro bnyk hok x kena dlm perbuate cikgu xdi ; 1-tuduh aku calar keto dio tanpa bukti ; 2) bwk aku keluar kawasan sekoloh tanpa pengetahuan pengetua dan mak ayoh aku ; 3) sebarkan cerita palsu di sekolah. Xpo lah lambat laun cerito sebenar akn timbul.

Aku tak ingat bila tarikh sebenar, tp hok aku ingat time tu dekat nak rayo poso, maknonya dale bule poso. Satu ari sblm nok cuti, pihak sekoloh adokan perhimpunan, habih perhimpunan, cikgu laki buat sa barisan, cikgu lady pun buat sa barise. Utk bersalam-salaman, maaf-maafe, nok rayo doh ke nih. Aku sebenarnya mari raso ralat, sbb nok tak nok aku keno bertentang mato dan bersentuhan kulit dengan cikgu azmi nih. Tapi xpo ahh bendo doh lepah. Lepah sore, sore cikgu aku salam. Sapa giliran dio, belum sempat aku hulur tangan, dia lebih dulu hulur tangan dia, tarik tangan aku, dia peluk aku, bisik di telinga, “maafkan cikgu, awok tok besaloh, cikgu besaloh, maaf cikgu banyok deh”. Huh nok bercucuran air mato ambo. Payoh nok jupo cekgu mitok maaf dgn anok murid. Aku hanya buleh kato, bereh cikgu, xdok hal.

Risik-risik lepah tu, isteri dio ado oyak, keta tu kena calar oleh anok dio jugok, bukannya oghe lain. Humm budak2. Lamo jugok maso aku keno tggu. Tapi lastly Tuhan bagi clear balik nama aku. Alhamdulillah. Hok peting aku x berdendam dengan cikgu aku. Baik, buruk, setiap cikgu ado masaloh dio sediri, hok mano jadi anok murid jgn cepat melatoh. Sabar je lah. Agak ironi, cikgu azmi tu cikgu sejarah, aku lor nih jadi cikgu jugok, cikgu sejaroh la jugok. Hehe hormat, patuh, sabar, muliakan cikgu, Allah akn bagi ganjaran yang hebat... selamat hari guru

Tuesday, May 10, 2011

ingat kelik...

Baik mung ngaku gapo mung doh buak!

Hehe lamo doh cerito nih blaku. Tahun 1997 time aku tingkatan 5Teknik2. Tiap kali aku ngaja kelah baru, pelaja baru, aku mulo dengan cerito nih.Satu pagi hari ISNIN perhimpune macam biaso. Aku dale kategori nakal tapi tidok jahat. Nakal minor2 jah. Dalam barisan kelas aku, aku dok blakang skali. Bilo dok blakang line clear skit. Biasonya assembly ni amik maso lamo, sbb bnyk cikgu2 hok nok berucap. Tamboh plok sekoloh aku maso tu dicalon Sekolah Harapan Negara dan doh mene bermcm-mcm pertandingan, sekolah dalam taman, sekoloh comel, iso lah, mcm2 lah. Hoho time pengetua berucap mesti agak lamo masonyo. Aku bilo jadi cekgu lor nih baru tau pentingnyo ucape dio tuh.

Jadi, nok buak ko crito, tgh2 sedap2 pengetua dok berucap aku pulok dok sedap2 berucap di blakang. Hehe boring la time tuh. Tgh ralit doh bual, tibo2 telingo aku raso panas! Muko aku raso tebal serupo tayar JCB, tubuh aku mulo peluh... Perghh xtahu time bilo, ado plok cikgu Azmi mari jalan alik blakang tgk aku dok bual, terus tarik telingo aku, bwk aku ke depan skali. Betul2 dpn pengetua dok tengah berucap. Peluh jate, peluh tino abih tubik. Maluuuu weii. Puan Hajah Siti Aisyah bt Hj Abdul Rahman (pengetua aku) jeling aku seraya berkata.. “Mana buku catatan awk? Kalu buku catatan ada mesti awk x berbual!. Nok jawab kok mano lagi, meme aku saloh. Jatuh saham aku dpn aweks2.

Pagi esoknya hari ISNIN. Waktu pertamo Pendidikan Islam. Lebih kurang pukul 7.30 pagi maso Ustaz Taufik, Guru Pakar Pendidikan Islam. Kelas aku di datangi oleh cikgu Azmi, “Ustaz sayo nok jupo Mustakim kejap”. Ustaz kato, bereh. Aku tubik jupo cikgu Azmi. Aku sebenarnyo mesra jugok nga cikgu Azmi ni. Maso aku form 4 dio aja aku sejaroh. Time aku form 5 bini dio aja aku ekonomi. Petang2 dio join main bola ngan geng2 aku. Tubuhnya sasa dan tegap. Baru pindah dari saboh atau sarawak aku x igt. Kereto dio pung plate borneo. Anak2 dio kecik2 lagi. Pendek akto aku kenal dan baik nga dio. Budok2 sekolah aku kato dio antaro oghe “gedebe” di satu daerah.

Keluar kelas, dio ajak aku, “Jom ikut sayo jap”. Aku ikut lah. Naik keto. Dio suruh aku dok depan, dia drebar, ado sore lg cikgu dok blakang. Pun tubuh tegap dan sasa ala2 the rock kut. Rama kato dio oghe “gedebe” jugok. Banggo wehh dok sain nga oghe gedebe nih. Dale keto semo pakat senyap. Dale 15 minit tuh aku bersuaro, “cikgu kito nok gi mano nih”. Huh dio senyap jah x ketik. Aku senyap jugok la.

Lebih kurang setengah jam perjalane dia mulo bunyi, “Baik mung ngaku gapo mung doh buak!”. Perghh berdera daroh aku. Tp aku cubo utk cool. “nok ngaku gapo cikgu”. Mung xpayoh kecek banyok lar, ngaku jah!. Cikgu Rosli hok follow skali xdi pung bunyi jugok, “Mi kito timbok jah budok nih, baru dio ngaku!. Ha... nih doh lain, tp aku cubo cool lagi. Nok ngamuk igt ko cikgu, dale keto pulok, keno apit ko 2 oghe hok tuboh besa2, nok lopat turun mati nayo aku, nok timbuk, cikgu tu weii. Alih2 aku tene jap seraya berkata.. “ Cikgu sayo takdok buak gapo2 ko cikgu, jd tok tahu nok ngaku gapo”. Bilo aku oyak lagu tu lagi kuat dio pakso suruh mengaku. Cikgu hok d blakang pung dok tocor aku jugok. Aku masih jawapan yg sama. Aku sanggup di bawa ke balai polis, sanggup di bawa dpn pengetua, kalu dio x caya. Tp sapa sudoh dio suruh ngaku jugok.

Dlm dok main baik ngaku tu, lama2 dio oyak, “baik mung ngaku, mung doh calarkan kereta aku!”. Haa sudoh lar weiii, tu puncanya. Aku dengan keras jawab, bahawa aku tak buat lagu tuh! Cikgu tu boh. Takkan pasal tarik telinga, aku nok calar kereta dio. Tapi sebab tu la dio tuduh aku. Mak aku ado pese maso aku kecik2 dulu, cikgu ni oghe mulia, oghe hok sampai ilmu ko kito nih oghe mulio. Jadi wajib kito hormat dan muliakan dio walau apa situasi skalipun. Sbb tu lah aku x bekasar nga cikgu tu walau kuat aku kena tocor. Aku percaya pada keadilan Allah.

bersambung... hehe

mari semula

lamo aku dok diam, sibuk dok main mugo lain. maso hok ado banyok habih ko dok round2 di dunio oghe. dulu maso dok johor aku betul2 curah kudrat aku kepada hobi aku. lor nih bilo maghi tuka ko saboh pulok, humm x kaki lagi hok buleh hipun utk gerok kelik hobi aku. jadi maso aku banyok habis utk meround sepenuhnyo ke dunio-dunio luar. nih ado maso skit utk mari cerito kelik dale blok. harap2 blog nih buleh tahan lama. sbb aku lor tgh hipun pitih utk bina hobi baru, hehe.. selamat bercerita, mugo dunio kito lebih luah, seluah langit dengan bumi...