Saturday, July 16, 2011

Kecek Kelate Lagu Mano ?

Kelate antaro negri hok unik. Baik drp sudut makane, mene, budayo ataupung bahaso. Ambo tra wi maksud sikit-sikit (saya cuba nyatakan maksud sikit-sikit). Hok mano xdok maksud tu, buke gapo, tapi ambo x tahu nok jelah lagu mano (Yang mana tak ada maksud tu, bukan apa, tapi saya tak tahu nak jelaskan macam mana). Acu kito blajo sikit-sikit. Hok beso kito denga nga hok lamo doh x denga (Yang biasa kita dengar dan dah lama kita tak dengar).

Kato Ganti Namo

Demo (awak, kamu,you), kawe (saya, i), gu (rakan, kawan), awok (awak), gewe (teman wanita, teman lelaki, bf @ gf), tino (perempuan), jate (lelaki), natu (menantu), ambo (saya), teku (saya-biasa diguna oleh keluarga ada-ada hehe), saing (kawan), oghe (orang), yo tu (dia tu)

Kata Tanyo

Guano ? Lagu Mano ? Bakpo ? Bilo ? Lah Mano ? Pe dio ? Pesen Mano ? Staro Mano ?

Menate @ Nate (yang ni payah sikit aku nak oyat)

pok’ko, tuyuk, bokbong, ike khoghe,

Buoh

Mokte (rambutan), seto (manggis), dasat @ lasat (langsat), duye (durian), topoh (epal), woh nyo (kelapa), woh jabik (buah anggur)

Contoh ayat

Ahhh sudoh kijo doh la, ooo paghok staro tu, pahtu lagu mano?, takdok apo doh la, jange wat kuca gak, tok degih staro tu, acu tra cubo teh, dio tak dok doh..., lah mano tuu, loghat napok ? nyo maghi telitah, ambo berehi bena make woh seto, jange dok wat pelek pado oghe gak.., menate nihh, tok pade nga demo tuh, pah ceroh nyo wat anya dio, maghi alik kare lah dio xdok dumoh, ambo maghi nok padoh demo lah ni,

Tok tahu nok boh kategori mano

Gelenyar (gatal@merenyam), geletah, gelewak (berlegar-legar), rabik, saksoba (absober), supik (plastik), supik ghokghak (plastik), jabir (plastik), henja (sepak@tendang), nyanyo (kesian), baloh (gaduh), gocoh, timbuk (tumbuk), g’gaduh (nok cepat), debe (gedebe),

bekwoh (kenduri), tohok (buang), kutik (ambil), ukah (panjat), ghohok (mcm lelah), hungga (lari), ciwoh (buang), getek @ etek (juga), tubik (keluar), kelik (balik), tepuh (langgar), idak ko, siak dok gobar (rilek, jgn bimbang), dekpong gak.. (kalau ya pun), juruh (bagus @ baik),

malah angit(terlampau malas), kelaghing, kelikpah-kelikpah (mata yang berkelip-kelip), bengong, tolol, bodo (bodoh), bodo ketok (bodo gilo), bo be lah.. (cukup-cukup lah), baso, bah (bas), boh (ayoh @ banjir), isap (hisap), dok okh lalu nah nih (melampau), acu (cuba), tra (cuba), cubo (cuba), bui @ wie (bagi), meto (berlagak), agah (berlagak), kelih (lihat), ngeling, jela’, jolo (sungguh), ugoh, ngelit (menyelit), hok (yang),

piak (rotan), bi’dah (bidas hehee), ngejah (mcm takel la), wat (buat), kekgi (sikit lagi), koktu @ aliktu (sebelah situ), kokni @ alikni (sebelah sini), mi’tah (pintas), cokek (geletek), korok (tengkorak), bo ahh (cukup lah), jalo (jala), mukat (pukat), mene (menang), kaloh (kalah), cak perak, behe, gode, katok, kijo (kerja), hok (yang), soyok (koyak), ugoh (macam gabra lah), nawok @ belawok (tipu), manggok (berlagak), berehi (suka), kubey (bersepah), kubey lana, sipe (simpan), bekalih (barangkali), benok (bodoh gila), sengoti (sengoti), nyo kecin,

selok (kunci & mcm org tak sedar diri), kekeng (mengangkang), kutir (cubit), bekeng (garang), gohid (pergi kedepan), gostan (undur ke belakang), bekwoh (kenduri), kecek (cakap), derah (laju), air batu (ais), bideo (video), air kering (ais krim), alik (sebelah),

goreh (calar), kenaling (mcm takut2 atau bedebar), bangat, toho (cetek), kugha (conteng), juruh (bagus), khawat (dawai), babil (degil gilo), ejuh (ekzos), bo’yah (gemuk), hambak (kejar), seloro (berseloroh), lorat ( nak cepat), ketik (gigit), lecu (gincu)

bedok (bedak @ powder la), henda (henda la.. henda motor, henda basikal-paham dok?), acak (kerap), nge’nak (khianat), besi berani (magnet), ngepek (membebel), gelega (lantai),

godam (pukul), tok gamok (tal sampai hati), bokte (sebab), nusuk (sembunyi), napa (tampar), ngidong (hidung tersumbat), kokok (contohnya : kokok pasir), chebok (ceduk ), putih sta (warna unggu), koko (warna coklat), igat (tangkap), sigar (tangga), gagar (raba), koksir, toksir (tak nak), bahe, gode, muta lana (pening @ berpusing), plaka (petir@kilat@guruh), bokte (disebabkan), koya (berangan), sutir (satu), naaung (menjerit), gemuloh (arwah),dio tak dok doh (kata2 yg sopan bila bagi tahu ada orang meninggal dunia, balah mano (macam mana), pekong (baling), keloret@kupik (kedekut), maghi (mari),...

Stakat nih lar dulu hok ambo buleh tulih. Kalu nok ikut eghe, banyok lagi hok tok senara. Samo-samo lah kito perangak kelik bahaso nih. Bahaso nih kalu lamo-lamo tok bekecek nyo tok ingak doh. Ambo konfiden, bahaso kelate ake keka hayatnyo selagi mano ado oghe dok bekecek... bereh lako-lako..

Tuesday, July 12, 2011

disebalik Juara Liga Super 2011


baju nih aku stanby beli maso cuti dulu... ori tu buke golok mari.














sain aku, hok benasib baik buleh jersi player klate male tuh... huh keno ko dio













lebih kure 7000 nyokong kelate male tu. salute aku ko set main gendang. dari mulo game sapa habih game x henti2 palu... GOL!GOL!GOL!













pahlawe meroh... heheh
GOMO KELAT GOMO!
penantian lebih 30 tahun berhasil. stat jaman arwah mad che su, hashim the lagend.. sapa lah 2011 nih baru berjaya. lebih sedak lagi nyo mari wat penentuan di borneo. huh kelate de bes.

sejarah... "turning point"

"sejarah merupakan suatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu".
Takrifan dia panjang lagi, tapi untuk kita cukup sekadar itu saja. sejarah kadang-kala boleh memberikan "turning point" kepada seseorang. hanya dengan mengingati sejarah, seseorang mungkin akan berubah sekelip mata. daripada langsung kelihatan tiada harapan, terus jelas terlihat sinar jalan keluar. namun itu semua berbalik kepada yang empunya diri. sejarah boleh memberikan harapan. tak kurang juga boleh membuatkan jiwa meruntun mengeluh. sia-sia. tiada makna. kosong. dibiarkan begitu saja. tanpa keinginan untuk meniupkan kembali semangatnya.

huh... anak muridku. begitulah yang aku lihat sekarang. aku tidak akan kekal lama di tanah borneo ini. sebolehnya dalam masa yg ada, aku cuba memberi ilham, apa imbalan yang akan diperoleh andai mereka menikmati sejarah. semahunya aku sampaikan dalam bahasa yang paling mudah difahami.

namun sifat malas mengubah, semacam perisai yang tak lut ditembusi oleh apa-apa peluru. saya memang macam ni cikgu, saya drp sekolah rendah lagi lembab cikgu, mak ayah saya tak ambil peduli pun saya belajar ke tidak, susah lah cikgu, entah lah cikgu saya pun tak tahu nak buat macam mana...

keluhan semata-mata, rintihan tanpa susulan, alasan seribu macam dicipta untuk menghalalkan sifat malas yang tidak berpenghujung. mereka sebenarnya memerlukan satu "turning point" untuk membuat putaran 360. Ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk. tidak sedikit datang melalui imbasan sejarah. terutamanya sejarah diri, keluarga atau ikon yang dipuja. namun demikian perubahan itu tidak akan tercetus andai tiada tekanan.

aku masih bereksperimen dalam masalah ini. moga ia akan sampai ke penghujung. cahaya yang terang benderang menyuluhi jalan perubahan yang diimpikan. sejarah... besar sifatnya.

ni apa kes!

sabtu 8.20 pagi aku keluar nak ke sekolah. org putih kata ada xtra class. perjalanan biasa dr rumah ke sekolah cuma amik masa 20-25 minit. kelas aku mula pukul 9.30 pagi. kelas sejarah. sampai di suku jalan aku tgk polis tgh buat sekatan jalan. agak sesak. agak panjang. sampai pada sekatan, polis cuma buat lambaian mesra suruh jalan, cehh tu ja!. aku terus memandu sampai ke trafik like telipok skali lagi jalan jam. hmmm agu dah hagak, nun jauh di depan polis sekali lagi menyekat jalan.

utk pastikan aku sampai ke sekolah sblm 9.30 aku amik jalan lain. lalu depan politeknik KK. perghh sekali lagi sampai sana jalan lagi sesak. agakkan aku amat tepat polis sekali lagi membuat sekatan... sepatutnya aku sampai sekolah 8.50, pukol 9.45 baru aku tiba. itupun setelah membuat "aksi luarbiasa". maaf pada pengguna jalan raya lain. aku terpaksa mengejar waktu. andai berlaku apa2 kepada pelajar yg sedang menunggu aku di kelas, aku yg bertanggungjawab (hehehe ini mesti cikgu2 semua ingat).

nah 3 sekatan aku terpaksa tempuh! hanya untuk ke sekolah!

secara keseluruhannya, mengikut perkiraan aku, x kurang seribu buah kenderaan telah terperangkap dalam kesesakan yang amat teruk. puncanya? ada orang takut hilang kuasa! habis bodygad dikerahnya untuk menyusahkan rakyat. walhasil xada sesuatu yg harus dibimbangkan pun.

pukul 1.00 tengahari aku bergerak pulang ke rumah. dlm perjalanan pulang aku lihat tempat2 yg aku lalui dipagi td masih terdapat sekatan jalan raya. syukur, polis tak berminat utk mengadakan sekatan dijalan keluar dr KK. aku terus ke bandar tuaran dengan niat utk cuci kereta. namun aku batalkan kerana kedai yg biasa aku pergi terlalu full. aku terus ke masjid utk solat zuhur. aku ikut laluan yg biasa aku jalan.

perghhh sib baik aku terperasan, ntah mcm mana ada tali polis warna kuning direntang ditengah2 jalan. polis dtg menegur, suruh aku ikut jalan lain, jln ditutup katanya sbb ada majlis di dewan tuaran. hmmm nak kencing aku lar tu. aku pusing ikut jalan lain. lalu depan dewan tuaran aku tgk di simpang jalannya hampir sepuluh org anggota FRU tgh berkawal sambil2 berbual. dewan pulak kosong x ada sapa punnn. sebuah kereta pun x ada. majlis taik kucing apa. sampai di masjid aku duduk sambil termenung. apa hal tuaran di letak FRU? aku tersenyum sendiri, cehh punyalah BN nih, seluruh Malaya dibuat onarnya. hais solat zuhur aku pulang.

petang dalam pukul 4.00 aku sekali lagi ke tuaran makan nasik ayam. lalu di jalan depan dewan tuaran aku tgk pakcik2 FRU masih berkawal, begitulah juga ketika aku pulang, masih lagi setia gagah berdiri berkawal. sampai pukul berapa pakcik2 tu kat sana aku pun x tahu. kesian aku tgk... apa boleh buat arahan org atasan. hehee.

walau bagaimanapun niat BERSIH ku nak kesekolah hari nih tetap tercapai, walau sedikit terlambat. dalam malaysiakini aku baca, BERSIH berjaya dengan matlamatnya. tahniah aku ucapkan. semoga Malaysia lebih BERSIH pada pilihanraya akan datang.