Tuesday, July 12, 2011

ni apa kes!

sabtu 8.20 pagi aku keluar nak ke sekolah. org putih kata ada xtra class. perjalanan biasa dr rumah ke sekolah cuma amik masa 20-25 minit. kelas aku mula pukul 9.30 pagi. kelas sejarah. sampai di suku jalan aku tgk polis tgh buat sekatan jalan. agak sesak. agak panjang. sampai pada sekatan, polis cuma buat lambaian mesra suruh jalan, cehh tu ja!. aku terus memandu sampai ke trafik like telipok skali lagi jalan jam. hmmm agu dah hagak, nun jauh di depan polis sekali lagi menyekat jalan.

utk pastikan aku sampai ke sekolah sblm 9.30 aku amik jalan lain. lalu depan politeknik KK. perghh sekali lagi sampai sana jalan lagi sesak. agakkan aku amat tepat polis sekali lagi membuat sekatan... sepatutnya aku sampai sekolah 8.50, pukol 9.45 baru aku tiba. itupun setelah membuat "aksi luarbiasa". maaf pada pengguna jalan raya lain. aku terpaksa mengejar waktu. andai berlaku apa2 kepada pelajar yg sedang menunggu aku di kelas, aku yg bertanggungjawab (hehehe ini mesti cikgu2 semua ingat).

nah 3 sekatan aku terpaksa tempuh! hanya untuk ke sekolah!

secara keseluruhannya, mengikut perkiraan aku, x kurang seribu buah kenderaan telah terperangkap dalam kesesakan yang amat teruk. puncanya? ada orang takut hilang kuasa! habis bodygad dikerahnya untuk menyusahkan rakyat. walhasil xada sesuatu yg harus dibimbangkan pun.

pukul 1.00 tengahari aku bergerak pulang ke rumah. dlm perjalanan pulang aku lihat tempat2 yg aku lalui dipagi td masih terdapat sekatan jalan raya. syukur, polis tak berminat utk mengadakan sekatan dijalan keluar dr KK. aku terus ke bandar tuaran dengan niat utk cuci kereta. namun aku batalkan kerana kedai yg biasa aku pergi terlalu full. aku terus ke masjid utk solat zuhur. aku ikut laluan yg biasa aku jalan.

perghhh sib baik aku terperasan, ntah mcm mana ada tali polis warna kuning direntang ditengah2 jalan. polis dtg menegur, suruh aku ikut jalan lain, jln ditutup katanya sbb ada majlis di dewan tuaran. hmmm nak kencing aku lar tu. aku pusing ikut jalan lain. lalu depan dewan tuaran aku tgk di simpang jalannya hampir sepuluh org anggota FRU tgh berkawal sambil2 berbual. dewan pulak kosong x ada sapa punnn. sebuah kereta pun x ada. majlis taik kucing apa. sampai di masjid aku duduk sambil termenung. apa hal tuaran di letak FRU? aku tersenyum sendiri, cehh punyalah BN nih, seluruh Malaya dibuat onarnya. hais solat zuhur aku pulang.

petang dalam pukul 4.00 aku sekali lagi ke tuaran makan nasik ayam. lalu di jalan depan dewan tuaran aku tgk pakcik2 FRU masih berkawal, begitulah juga ketika aku pulang, masih lagi setia gagah berdiri berkawal. sampai pukul berapa pakcik2 tu kat sana aku pun x tahu. kesian aku tgk... apa boleh buat arahan org atasan. hehee.

walau bagaimanapun niat BERSIH ku nak kesekolah hari nih tetap tercapai, walau sedikit terlambat. dalam malaysiakini aku baca, BERSIH berjaya dengan matlamatnya. tahniah aku ucapkan. semoga Malaysia lebih BERSIH pada pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment