Tuesday, June 28, 2011

UMNO kena berehat

Sehari aku cuba habiskan bacaan Penitianku... buku setebal 175 muka surat dan terkandung 437 catatan peribadi, Tun Abdul Ghafar Baba. Walaupun aku penyokong PAS yang tegar, namun ada sebilangan pemimpin UMNO terdahulu yang aku amat hormati perjuangannya. Amat hebat. Tun Abdul Ghafar antara pemimpin tulen UMNO.

UMNO sudah terlalu lama berkuasa. Sudah banyak perubahan yang dilakukan dan tak kurang juga kemusnahan yang dicipta. Aku berasakan UMNO perlu berehat sebentar. UMNO perlu berehat sekejap, lihat kebelakang, pusing sekeliling apa yg berlaku sekarang, renung laluan di masa depan. Aku yakin bumi bertuah ini jika ditadbir secara telus pasti akan lebih terkedepan dalam segala hal. UMNO bagi aku sudah kekeringan idea. Yang ada hanyalah cara untuk mengembungkan poket peribadi. Malang sekali bagi UMNO. Asas yang diletakan oleh pemimpin terdahulu gagal diselusuri sebaiknya. Bila Islam dijadikan kosmetik, inilah punca kegagalan UMNO...
"sekarang umno telah berkuasa & sudah ada nilai ekonominya. Ada yang sanggup mencurahkan wang ringgit yang begitu banyak untuk mendapatkan jawatan. Percayalah cakap saya apabila ramai bilangan 'skimmers' dalam parti be...rcita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, persaingannya akan menjadi terlalu hebat dan boleh membawa kepada perpecahan. Rasuah yang paling besar sekali pada hemat saya ialah membeli undi untuk mendapatkan kuasa dalam parti kerana sudah tentu ada tujuan untuk faedah diri. Masakan tempua bersarang rendah jika tidak berada-ada" - Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba
JOM UBAH - Pastikan Pakatan Rakyat Mendepani Perubahan

1 comment:

  1. Jika Anda Ingin Mendapatkan Bonus Freechip Awal Hanya di S1288Poker
    Claim Bonus Anda Di Sini , Bonus Langsung di Berikan Kepada Anda
    Dan Dapatkan User ID Anda Untuk Bermain Game Kami

    HUBUNGI KAMI:
    livechat: www.s1288.poker
    pin bb: 7AC8D76B
    WA : 08122221680

    ReplyDelete