Tuesday, July 12, 2011

sejarah... "turning point"

"sejarah merupakan suatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu".
Takrifan dia panjang lagi, tapi untuk kita cukup sekadar itu saja. sejarah kadang-kala boleh memberikan "turning point" kepada seseorang. hanya dengan mengingati sejarah, seseorang mungkin akan berubah sekelip mata. daripada langsung kelihatan tiada harapan, terus jelas terlihat sinar jalan keluar. namun itu semua berbalik kepada yang empunya diri. sejarah boleh memberikan harapan. tak kurang juga boleh membuatkan jiwa meruntun mengeluh. sia-sia. tiada makna. kosong. dibiarkan begitu saja. tanpa keinginan untuk meniupkan kembali semangatnya.

huh... anak muridku. begitulah yang aku lihat sekarang. aku tidak akan kekal lama di tanah borneo ini. sebolehnya dalam masa yg ada, aku cuba memberi ilham, apa imbalan yang akan diperoleh andai mereka menikmati sejarah. semahunya aku sampaikan dalam bahasa yang paling mudah difahami.

namun sifat malas mengubah, semacam perisai yang tak lut ditembusi oleh apa-apa peluru. saya memang macam ni cikgu, saya drp sekolah rendah lagi lembab cikgu, mak ayah saya tak ambil peduli pun saya belajar ke tidak, susah lah cikgu, entah lah cikgu saya pun tak tahu nak buat macam mana...

keluhan semata-mata, rintihan tanpa susulan, alasan seribu macam dicipta untuk menghalalkan sifat malas yang tidak berpenghujung. mereka sebenarnya memerlukan satu "turning point" untuk membuat putaran 360. Ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk. tidak sedikit datang melalui imbasan sejarah. terutamanya sejarah diri, keluarga atau ikon yang dipuja. namun demikian perubahan itu tidak akan tercetus andai tiada tekanan.

aku masih bereksperimen dalam masalah ini. moga ia akan sampai ke penghujung. cahaya yang terang benderang menyuluhi jalan perubahan yang diimpikan. sejarah... besar sifatnya.

1 comment:

  1. Jika Anda Ingin Mendapatkan Bonus Freechip Awal Hanya di S1288Poker
    Claim Bonus Anda Di Sini , Bonus Langsung di Berikan Kepada Anda
    Dan Dapatkan User ID Anda Untuk Bermain Game Kami

    HUBUNGI KAMI:
    livechat: www.s1288.poker
    pin bb: 7AC8D76B
    WA : 08122221680

    ReplyDelete