Saturday, August 6, 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah...
masuk hari nih dah 6 hari kita poso. aku masih diberi pelue dan rue untuk mengecap nikmat puasa. sebut kata poso, yg selalu dihebohkan adalah makan. hari nih masaok gapo? make gapo? gi beli mano? sedak ko? sehari sblm poso aku ado round dunia sain2. hmmm rato2nya dok alik bekecek psal soping rayo akn makanan poso. bulehh bkn xleh, kelihatannya seoloh-oloh, itulah inti poso. padahal ado bnyk lg bendo hok jadi nadi suasano poso... cobo tuka crito semata. cari.. gapo "menu" hok molek sebagai pemanis rohani time poso lagu nih. setahun skali jah dio mari nih. make nih ari2 kito dok redak. slamat berposo..

Saturday, July 16, 2011

Kecek Kelate Lagu Mano ?

Kelate antaro negri hok unik. Baik drp sudut makane, mene, budayo ataupung bahaso. Ambo tra wi maksud sikit-sikit (saya cuba nyatakan maksud sikit-sikit). Hok mano xdok maksud tu, buke gapo, tapi ambo x tahu nok jelah lagu mano (Yang mana tak ada maksud tu, bukan apa, tapi saya tak tahu nak jelaskan macam mana). Acu kito blajo sikit-sikit. Hok beso kito denga nga hok lamo doh x denga (Yang biasa kita dengar dan dah lama kita tak dengar).

Kato Ganti Namo

Demo (awak, kamu,you), kawe (saya, i), gu (rakan, kawan), awok (awak), gewe (teman wanita, teman lelaki, bf @ gf), tino (perempuan), jate (lelaki), natu (menantu), ambo (saya), teku (saya-biasa diguna oleh keluarga ada-ada hehe), saing (kawan), oghe (orang), yo tu (dia tu)

Kata Tanyo

Guano ? Lagu Mano ? Bakpo ? Bilo ? Lah Mano ? Pe dio ? Pesen Mano ? Staro Mano ?

Menate @ Nate (yang ni payah sikit aku nak oyat)

pok’ko, tuyuk, bokbong, ike khoghe,

Buoh

Mokte (rambutan), seto (manggis), dasat @ lasat (langsat), duye (durian), topoh (epal), woh nyo (kelapa), woh jabik (buah anggur)

Contoh ayat

Ahhh sudoh kijo doh la, ooo paghok staro tu, pahtu lagu mano?, takdok apo doh la, jange wat kuca gak, tok degih staro tu, acu tra cubo teh, dio tak dok doh..., lah mano tuu, loghat napok ? nyo maghi telitah, ambo berehi bena make woh seto, jange dok wat pelek pado oghe gak.., menate nihh, tok pade nga demo tuh, pah ceroh nyo wat anya dio, maghi alik kare lah dio xdok dumoh, ambo maghi nok padoh demo lah ni,

Tok tahu nok boh kategori mano

Gelenyar (gatal@merenyam), geletah, gelewak (berlegar-legar), rabik, saksoba (absober), supik (plastik), supik ghokghak (plastik), jabir (plastik), henja (sepak@tendang), nyanyo (kesian), baloh (gaduh), gocoh, timbuk (tumbuk), g’gaduh (nok cepat), debe (gedebe),

bekwoh (kenduri), tohok (buang), kutik (ambil), ukah (panjat), ghohok (mcm lelah), hungga (lari), ciwoh (buang), getek @ etek (juga), tubik (keluar), kelik (balik), tepuh (langgar), idak ko, siak dok gobar (rilek, jgn bimbang), dekpong gak.. (kalau ya pun), juruh (bagus @ baik),

malah angit(terlampau malas), kelaghing, kelikpah-kelikpah (mata yang berkelip-kelip), bengong, tolol, bodo (bodoh), bodo ketok (bodo gilo), bo be lah.. (cukup-cukup lah), baso, bah (bas), boh (ayoh @ banjir), isap (hisap), dok okh lalu nah nih (melampau), acu (cuba), tra (cuba), cubo (cuba), bui @ wie (bagi), meto (berlagak), agah (berlagak), kelih (lihat), ngeling, jela’, jolo (sungguh), ugoh, ngelit (menyelit), hok (yang),

piak (rotan), bi’dah (bidas hehee), ngejah (mcm takel la), wat (buat), kekgi (sikit lagi), koktu @ aliktu (sebelah situ), kokni @ alikni (sebelah sini), mi’tah (pintas), cokek (geletek), korok (tengkorak), bo ahh (cukup lah), jalo (jala), mukat (pukat), mene (menang), kaloh (kalah), cak perak, behe, gode, katok, kijo (kerja), hok (yang), soyok (koyak), ugoh (macam gabra lah), nawok @ belawok (tipu), manggok (berlagak), berehi (suka), kubey (bersepah), kubey lana, sipe (simpan), bekalih (barangkali), benok (bodoh gila), sengoti (sengoti), nyo kecin,

selok (kunci & mcm org tak sedar diri), kekeng (mengangkang), kutir (cubit), bekeng (garang), gohid (pergi kedepan), gostan (undur ke belakang), bekwoh (kenduri), kecek (cakap), derah (laju), air batu (ais), bideo (video), air kering (ais krim), alik (sebelah),

goreh (calar), kenaling (mcm takut2 atau bedebar), bangat, toho (cetek), kugha (conteng), juruh (bagus), khawat (dawai), babil (degil gilo), ejuh (ekzos), bo’yah (gemuk), hambak (kejar), seloro (berseloroh), lorat ( nak cepat), ketik (gigit), lecu (gincu)

bedok (bedak @ powder la), henda (henda la.. henda motor, henda basikal-paham dok?), acak (kerap), nge’nak (khianat), besi berani (magnet), ngepek (membebel), gelega (lantai),

godam (pukul), tok gamok (tal sampai hati), bokte (sebab), nusuk (sembunyi), napa (tampar), ngidong (hidung tersumbat), kokok (contohnya : kokok pasir), chebok (ceduk ), putih sta (warna unggu), koko (warna coklat), igat (tangkap), sigar (tangga), gagar (raba), koksir, toksir (tak nak), bahe, gode, muta lana (pening @ berpusing), plaka (petir@kilat@guruh), bokte (disebabkan), koya (berangan), sutir (satu), naaung (menjerit), gemuloh (arwah),dio tak dok doh (kata2 yg sopan bila bagi tahu ada orang meninggal dunia, balah mano (macam mana), pekong (baling), keloret@kupik (kedekut), maghi (mari),...

Stakat nih lar dulu hok ambo buleh tulih. Kalu nok ikut eghe, banyok lagi hok tok senara. Samo-samo lah kito perangak kelik bahaso nih. Bahaso nih kalu lamo-lamo tok bekecek nyo tok ingak doh. Ambo konfiden, bahaso kelate ake keka hayatnyo selagi mano ado oghe dok bekecek... bereh lako-lako..

Tuesday, July 12, 2011

disebalik Juara Liga Super 2011


baju nih aku stanby beli maso cuti dulu... ori tu buke golok mari.














sain aku, hok benasib baik buleh jersi player klate male tuh... huh keno ko dio













lebih kure 7000 nyokong kelate male tu. salute aku ko set main gendang. dari mulo game sapa habih game x henti2 palu... GOL!GOL!GOL!













pahlawe meroh... heheh
GOMO KELAT GOMO!
penantian lebih 30 tahun berhasil. stat jaman arwah mad che su, hashim the lagend.. sapa lah 2011 nih baru berjaya. lebih sedak lagi nyo mari wat penentuan di borneo. huh kelate de bes.

sejarah... "turning point"

"sejarah merupakan suatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu".
Takrifan dia panjang lagi, tapi untuk kita cukup sekadar itu saja. sejarah kadang-kala boleh memberikan "turning point" kepada seseorang. hanya dengan mengingati sejarah, seseorang mungkin akan berubah sekelip mata. daripada langsung kelihatan tiada harapan, terus jelas terlihat sinar jalan keluar. namun itu semua berbalik kepada yang empunya diri. sejarah boleh memberikan harapan. tak kurang juga boleh membuatkan jiwa meruntun mengeluh. sia-sia. tiada makna. kosong. dibiarkan begitu saja. tanpa keinginan untuk meniupkan kembali semangatnya.

huh... anak muridku. begitulah yang aku lihat sekarang. aku tidak akan kekal lama di tanah borneo ini. sebolehnya dalam masa yg ada, aku cuba memberi ilham, apa imbalan yang akan diperoleh andai mereka menikmati sejarah. semahunya aku sampaikan dalam bahasa yang paling mudah difahami.

namun sifat malas mengubah, semacam perisai yang tak lut ditembusi oleh apa-apa peluru. saya memang macam ni cikgu, saya drp sekolah rendah lagi lembab cikgu, mak ayah saya tak ambil peduli pun saya belajar ke tidak, susah lah cikgu, entah lah cikgu saya pun tak tahu nak buat macam mana...

keluhan semata-mata, rintihan tanpa susulan, alasan seribu macam dicipta untuk menghalalkan sifat malas yang tidak berpenghujung. mereka sebenarnya memerlukan satu "turning point" untuk membuat putaran 360. Ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk. tidak sedikit datang melalui imbasan sejarah. terutamanya sejarah diri, keluarga atau ikon yang dipuja. namun demikian perubahan itu tidak akan tercetus andai tiada tekanan.

aku masih bereksperimen dalam masalah ini. moga ia akan sampai ke penghujung. cahaya yang terang benderang menyuluhi jalan perubahan yang diimpikan. sejarah... besar sifatnya.

ni apa kes!

sabtu 8.20 pagi aku keluar nak ke sekolah. org putih kata ada xtra class. perjalanan biasa dr rumah ke sekolah cuma amik masa 20-25 minit. kelas aku mula pukul 9.30 pagi. kelas sejarah. sampai di suku jalan aku tgk polis tgh buat sekatan jalan. agak sesak. agak panjang. sampai pada sekatan, polis cuma buat lambaian mesra suruh jalan, cehh tu ja!. aku terus memandu sampai ke trafik like telipok skali lagi jalan jam. hmmm agu dah hagak, nun jauh di depan polis sekali lagi menyekat jalan.

utk pastikan aku sampai ke sekolah sblm 9.30 aku amik jalan lain. lalu depan politeknik KK. perghh sekali lagi sampai sana jalan lagi sesak. agakkan aku amat tepat polis sekali lagi membuat sekatan... sepatutnya aku sampai sekolah 8.50, pukol 9.45 baru aku tiba. itupun setelah membuat "aksi luarbiasa". maaf pada pengguna jalan raya lain. aku terpaksa mengejar waktu. andai berlaku apa2 kepada pelajar yg sedang menunggu aku di kelas, aku yg bertanggungjawab (hehehe ini mesti cikgu2 semua ingat).

nah 3 sekatan aku terpaksa tempuh! hanya untuk ke sekolah!

secara keseluruhannya, mengikut perkiraan aku, x kurang seribu buah kenderaan telah terperangkap dalam kesesakan yang amat teruk. puncanya? ada orang takut hilang kuasa! habis bodygad dikerahnya untuk menyusahkan rakyat. walhasil xada sesuatu yg harus dibimbangkan pun.

pukul 1.00 tengahari aku bergerak pulang ke rumah. dlm perjalanan pulang aku lihat tempat2 yg aku lalui dipagi td masih terdapat sekatan jalan raya. syukur, polis tak berminat utk mengadakan sekatan dijalan keluar dr KK. aku terus ke bandar tuaran dengan niat utk cuci kereta. namun aku batalkan kerana kedai yg biasa aku pergi terlalu full. aku terus ke masjid utk solat zuhur. aku ikut laluan yg biasa aku jalan.

perghhh sib baik aku terperasan, ntah mcm mana ada tali polis warna kuning direntang ditengah2 jalan. polis dtg menegur, suruh aku ikut jalan lain, jln ditutup katanya sbb ada majlis di dewan tuaran. hmmm nak kencing aku lar tu. aku pusing ikut jalan lain. lalu depan dewan tuaran aku tgk di simpang jalannya hampir sepuluh org anggota FRU tgh berkawal sambil2 berbual. dewan pulak kosong x ada sapa punnn. sebuah kereta pun x ada. majlis taik kucing apa. sampai di masjid aku duduk sambil termenung. apa hal tuaran di letak FRU? aku tersenyum sendiri, cehh punyalah BN nih, seluruh Malaya dibuat onarnya. hais solat zuhur aku pulang.

petang dalam pukul 4.00 aku sekali lagi ke tuaran makan nasik ayam. lalu di jalan depan dewan tuaran aku tgk pakcik2 FRU masih berkawal, begitulah juga ketika aku pulang, masih lagi setia gagah berdiri berkawal. sampai pukul berapa pakcik2 tu kat sana aku pun x tahu. kesian aku tgk... apa boleh buat arahan org atasan. hehee.

walau bagaimanapun niat BERSIH ku nak kesekolah hari nih tetap tercapai, walau sedikit terlambat. dalam malaysiakini aku baca, BERSIH berjaya dengan matlamatnya. tahniah aku ucapkan. semoga Malaysia lebih BERSIH pada pilihanraya akan datang.

Tuesday, June 28, 2011

UMNO kena berehat

Sehari aku cuba habiskan bacaan Penitianku... buku setebal 175 muka surat dan terkandung 437 catatan peribadi, Tun Abdul Ghafar Baba. Walaupun aku penyokong PAS yang tegar, namun ada sebilangan pemimpin UMNO terdahulu yang aku amat hormati perjuangannya. Amat hebat. Tun Abdul Ghafar antara pemimpin tulen UMNO.

UMNO sudah terlalu lama berkuasa. Sudah banyak perubahan yang dilakukan dan tak kurang juga kemusnahan yang dicipta. Aku berasakan UMNO perlu berehat sebentar. UMNO perlu berehat sekejap, lihat kebelakang, pusing sekeliling apa yg berlaku sekarang, renung laluan di masa depan. Aku yakin bumi bertuah ini jika ditadbir secara telus pasti akan lebih terkedepan dalam segala hal. UMNO bagi aku sudah kekeringan idea. Yang ada hanyalah cara untuk mengembungkan poket peribadi. Malang sekali bagi UMNO. Asas yang diletakan oleh pemimpin terdahulu gagal diselusuri sebaiknya. Bila Islam dijadikan kosmetik, inilah punca kegagalan UMNO...
"sekarang umno telah berkuasa & sudah ada nilai ekonominya. Ada yang sanggup mencurahkan wang ringgit yang begitu banyak untuk mendapatkan jawatan. Percayalah cakap saya apabila ramai bilangan 'skimmers' dalam parti be...rcita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, persaingannya akan menjadi terlalu hebat dan boleh membawa kepada perpecahan. Rasuah yang paling besar sekali pada hemat saya ialah membeli undi untuk mendapatkan kuasa dalam parti kerana sudah tentu ada tujuan untuk faedah diri. Masakan tempua bersarang rendah jika tidak berada-ada" - Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba
JOM UBAH - Pastikan Pakatan Rakyat Mendepani Perubahan

Tuesday, May 24, 2011

sibok wehh lepah perikso nih

aku ngajar subjek sejaroh. bisonya aku dale sejaroh. dok johor 3 tahun dok ngajar sejaroh jah. nyo mari saboh, bui ngaja sejaroh nga bm. cikgu2 jaman lor nih x leh pegang doh retorik jaman dulu. dulu kito selalu dgr, cikgu2 nih keno mahir dale semua hal. pendek kata, cikgu ni serba boleh ngaja. bagi aku setiap cikgu harus ado bidang kepakaran sediri. mesti fokus dalam bidang sediri. mesti selalu bereksperimen dale bidang sediri. supayo apo? supayo anok2 pelajar mampu capai apo hok cikgu harap. kito xleh amik hok ni sikit, amik hok tu sikit. oghe kato xdok fokus.

tapi nok buak lagu mano, alasan klise yg selalu didengar, sekoloh mmg x cukup cekgu. aku terimo jugoklah untuk aja BM. 5 bulan aku ngaja BM. cabaran cukup besar bagi aku, cekgu hok tok penoh telibat dgn BM secara profesional. keno pulok, rata2 anak sabah nih bilo tiba bab penulisan mulo tulis ikut dialek percakapan seharian. lagu mano dio bekecek hari2, lagu tu lah penulisan dio.

minggu lepah aku sibuk dok semok kertas2 periksa. sejaroh punyo, no problem. dale palo belako doh. tapi bilo semok kertas 2 BM, huh, habih lite pukang. kertas 2 bg hok doh x igt, ado 4 bahagian. a, b, c & d. dari bahagian a sapa ko bahadian d, semua kube. kokse. kokde (paham dok nih?) banyok perkataan2 daerah dan gaya percakapan suku kaum digunakan dlm penulisan. contohnya ; mengsiokkan, mengbestkan, kadapatan, limpang, dan ada satu istilah yg selalu digunakan kat sabah nih, buleh bah kalo kau.. perghh punyalah

mungkin faktor geografi menjadi penyebab utama. sebab tulah aku, gilo2 brain budok nih. dulu maso aku sekoloh, cikgu2 maso dulu bilo ngaja mesti kecek klate. jadi budok2 akn terikut dgn gaya bahasa lagu tuh. hok mano darat jah molek skit penulisannya. bilo nok kecek bahasa standard mulolah, uihhh kuak bau budu wehh. stigma tu masih melekat sapa lor nih. sebab tu mmg tepat arahan kerajaan, aku x igt tahunnya bilo tapi raso2nya awal 1990an, kajaan arahkan semua kakitangan kerajaan di semua negeri guna bahasa malaysia standard bilo bekerja. termasuklah cikgu2. paling ketara aku napok berubah adalah, radio malaysia klate maso tuh. habih pakat kecek luar. mulo2 aku ralat dok dgr. tapi lamo2 boleh membantu meningkatkan mutu penulisan aku.

tapi lor nih aku yakin rakyat klate banyok doh beruboh dari segi pengusaan bahasa. bahasa darah daging meme pekat melikat. tapi bahasa standard x bau budu lagi doh.. anok aku lor nih sedari kecek lagi aku kecek mace2 bahaso. aja mace2 bahaso. kawin campur nih utung. klate buleh, kecek luar buleh, magris buleh, cino buleh skit2. jaman akan dtg xtahu lagu mano situasinya. jadi hok mano cikgu2 luar sano, kalu buleh bilo ngaja biasokan untuk komunikasi bahasa malaysia standard. supayo dunio pelajar akan lebih luah. tidok sekadar dikampungan semata-mata.

2 hari aku amik maso semok kertas 2 BM. tgh semok2 tuh tahulah aku mano kekurangannya. jadi keno buak eksperimen utk ubah gaya bahasa pelajar aku. hok nilah maksud aku penting tiap cikgu perlu fokus pada subjek kepakaran dia sahaja. supaya otak dio buleh ligat memikirkan 1001 cara untuk bereksperimen dgn pelajar.

selamat berksperimen... bla gaji tok naik pung, aku tggu pilihanraya umum nati.. hehe

Monday, May 16, 2011

mari teringat 2

masuk dale umah, dio kelih aku dok atah kusi. dia heran sbb aku sapa dulu drp dio. pendek cerita, dia tahu jah kesalahan aku, terus kena tampar, penyepak, sebat, semua cukup. sakit woo. meraung aku mitak maah. mak aku hanya tgk. dio pun napok geram. mmg aku dibalun cukup2. aku dapat rasa, kesalahan aku, buatkan ayah aku dapat malu besar. pukul 2 ptg dia g pejabat semula. dia g pejabat , mak aku pulok sambung. adeh deh deh..

ayah aku balik dari pejabat pukul 4.30 ptg. dia senyap x kecek banyok. dia mandi, solat asar dia panggil aku suruh bersiap-siap. nak g rumah guru besar katanya. aku kecut perut kelik. dalam perjalanan ke rumah guru besar dia diam, x kecek. sapa rumah en chamrass, aku tgk dia pakai singlet dan seluar pendek kala putih dok bakar sampah. ayoh aku bilo ngadap mr chamrass, ayat mulo2, "cikgu, ambo mitak maah". sayu hati aku. aku hok besaloh sebenarnya. walaupun napok x salah berat, tp tiap2 ayoh & mok dale dunio ni, bilo dio hantar anak ke sekoloh maka dia nok anok dio berjaya mengikut sistem sekoloh tu. mr chamrass jeput aku & ayoh naik ke rumoh dio. (rumah dio nih dale kawase sekoloh jugok). masuk dale rumah, aku tgk ado satu sudut, penuh dgn akhbar2 lama. banyok... kalu susun buleh jadi setinggi rumah 2 tingkat. akhbar ada majalah ado. perabot x dok la hok eksklusif. hanya kerusi rotan. isteri dia ado buak air teh o. selepas tu mulalah bicara antara ayoh aku dengan mr chamrass. banyok hok dio dok bice. mace2. aku bilo di tegur akn hangguk, tanda kesal. lama.. dekat 1 jam d rumah mr chamrass. mace2 nasihat dio bui. dari cara dia kecek, tahulah aku, ilmu org tua tu cukup tinggi, pengalame cukup banyok. dia meme manusia hebat.

itulah cikgu zaman dulu. aku bilo kenang2 kelik, kesalahan aku dulu x besar kalu nak dibanding dengan undang2 zaman lor nih. 3 kali jah buak saloh dale tempuh lebih kurang 1825 hari sekoloh. tapi itulah sekecik-kecik kesalahan akan diberi seberat-berat hukuman. aku bertuah bilo ayoh aku cukup cakna akn perihal aku di sekoloh. cikgu pulok terus-terusan dok sumbat ilmu di sekoloh. budak2 napok x dok ruang nak buak saloh.

buke sedikit jaso hok cikgu curah. dari urusan untuk jadi bijak pandai sampai urusan untuk jadi manusio. segalo-galo terletok pado cikgu. tambah2, hok jadi cikgu zaman lor nih. lagi banyok cabaran. bebannya lagi bertambah. cikgu nih hanya mengeluh. ado hok memberontak. tapi tahu2 sajalah bila kito ambik caro agresif maka keputusan pihak atasan akan agresif. tapi itulah cikgu, lagu-lagu mana pun dio akn penting kan dua perkara kepada pelajar, satu disiplin, satu ilmu. supaya pelajar bilo dio tubik sekoloh, dio buleh guna dua perkara tu untuk jadi manusia.

kepada cikgu saya,
sain2 saya hok jadi cikgu,
selamat hari cikgu, cikgu.

Saturday, May 14, 2011

mari teringat 1

cikgu dulu2 amat menjaga displin pelajar. pate napok saloh skit mesti direkod dan dihukum. sekadar cukup jelingan drp guru, maka fahamlah bahawa kita sedang atau akan melakukan sesuatu yang salah disisi undang2 sekoloh. lagu mano cikgu dulu2 buleh membina imej disiplin lagu tu. adokoh pelajar2 jaman dulu penakut? tidak ganah?.. aku masih mencari jwpn, dan sedang bereksperimen dengan beberapa metod menangani masalah disiplin budok.

ado satu kisoh di sekoloh rendoh. sk tanah merah. aku sekoloh situ sejak tahun 1987 sapa 1992. darjah 1 sapa darjah 6. pendek kato aku ni duduk dale kelah hok paling panda skali 1merah. dari darjah 1merah sapa la 6 pun merah. panjang kato pulok, walau dale kelah hok paling panda tapi aku ni agak slow skit dale akademik. ngayat sokmo gerok gak. hehe dok alik main kokse.
guru besarnya en chamrass ehko (keturunan siam). aku respek dia sapa lor nih. kalu kato dulu ado doh jawate guru besar cemerlang, dia hok paling layok. the one n only. tegas, ramah, dedikasi, bersungguh, dari sekecik kecik isu dapa ko sebesa besa isu semua dia take care. sudah menjadi peraturan sekoloh tu, setiap pelajar cuma ada 2 talian hayat sepanjang persekolahan dari darjah 1 sapa darjah 6. mudahnya di sini, setiap murid x boleh melakukan lebih atau tepat-tepat 3 kesalahan. kalau dah sapa 3 kali dalam tempoh darjah 1 sapa darjah 6 maka hukuman berat akan menanti. tu diaaa....

kesalahan 1 (1987) Darjah 1
aku.. darjah satu baru jah masuk daftar sekoloh. duk dale 1 merah. humm sain2 hok lain rama dok jerit (nangis ingat ko mok ayoh). aku ? steady la... hehe. cikgu hok paling aku suko, nama dia cikgu arbaiyah, cikgu bm. dia ni bertudung labuh, yang nampak hanya mata sahaja. nok jadi ko hal, satu hari aku terlupo bawak sebuah buku teks bahasa melayu. dia maroh, dia suruh aku berdiri di luar kelah sapa masa tamat. aku takut, tapi dah salah, ikut lah. kalu lalu cikgu besar mati aku. dale duk takut2 tu, meme betul cikgu besar nyo mari round blok darjah 1. sapa dpn kelah aku, raso serupo nok terkencing. takut wooo. cikgu chamrass ni meme sohor di tanah merah. tanya la sapa2 pun. oghe hormat gilo ko dio.
bakpo dok luar kelah nih!?
tatataaa tak bawak buku cekgu.. (teketar ketar aku)
bakpo x bowok nyo!?
tetete tinggal cikgu..
lamo dio dok tgk ko aku, saiz aku dgn dia ibarat arnold susahnakeja dengan berahim pendek. lepah tu terus dio ajok aku g pejabat bilik guru besar. malu pun ado takut pun ado. sapa di pejabat ado satu buku hok paling besar (mcm buku daftar di sekoloh-cikgu2 disekoloh mesti tahu nih). dia tanyo, "mung rajin wat saloh dok sblm nih ?", mana ada tu la skali kesalahan aku. "tulis nama mung dalam buku tu, tarikh, hari, maso, kelah, nama, kesalahan, tandatangan. mung kena ingat jangan sapa nama mung tercatat 3 kali dale buku nih sepanjang persekolahan mung sini. paham? aku hangguk sedih.

kesalahan 2 (1989) Darjah 3
dale kelah tu, nama dia amy (ado sejaroh nih aku dgn dio, nati aku cerito, malu woo). budak2 dale kelah tu suko dok kutuk aku, kato aku minat ko amy. aku nih pulok jenih takut ko tino. aku malu kalu aku dikenen2 dgn amy. yo lah, budok2 lagi wei. kalu hok come x po jugok hehehehe. dok gura jah. amy tu come, come budok2. aku x igt doh lagu mano muko dio dulu. satu hari member aku dok nyakat, "yea yea takim nok ko amy, yea yea" panah telinga aku, malu sehh. member aku tubik jah kelah, aku ambil fail dio, aku conteng, aku tulih, "wei mung nak gewe ngan rogayah (ado sbb aku tulih namo nih, nato aku cerito) dok ?, aku oyak dio nati" (tu jah hok aku conteng. bukan dok maki apo pun). nasib aku x baik. dia balik kelah, wat tubik fail dari mejo, dia tgk ado tulise tuh, mapuhhh aku. teruh dia keluar kelah g report ko cikgu besar. hooo kena lagi aku... menaaat@## tu, dio dok ngato ko aku buleh. mari la cikgu besa ko kelah aku. sekali lagi aku di soal, dan aku aku mengaku. meme aku buat. dia denda aku, satu ari di sekoloh ari tu jangan paka kasut, alkaki ayam sajalah. lepah tu aku g pejabat tulih nama dalam buku besar... kali kedua.

kesalahan 3 (1991) Darjah 5
hok ni kemuncak kesalahan aku. aku nih sejak darjah 4 dilantik jadi pengawas sekoloh. pakai baju warna cokelat mudo. dalam minda aku, jangan sekali-kali wat salih kalu dok, malu oghe tgk, pengawas dok bejenih. dalam kelah 5 merah. cikgu matematik aku ni, baik sangat. lelaki, rambutnya macam jamal abdillah dulu2. cikgu abdul ghani namanya. cara dia ngaja aku mudoh faham. dalam pertengahan tahun, sebelum cuti sekoloh cikgu ghani bui soalan latihan untuk buat maso cuti sekoloh. lebih kurang 30 soalan. naik cuti dio kata kene siapkan. kalu dok dio hukum. naik cuti sekoloh, dio pun semak buku. sapa giliran aku, terkantoi 2 soalan jah aku x siapkan. x reti nok buak. terus dio suruh duduk luar kelah. aku merayu mitok maaf. dia x kasi can. last sekali redha jelah. meme salah aku. dio kato kalu cikgu besar x round, aku selamat. kalu nyo round, mapuh kerah. dale hati dok luar kelah tu aku doa cukup, supaya cikgu chamrass malah nak round kelas. ruponya doa aku tu di tolok. lalu cikgu besar, dio dah cam aku, terus ajok g pejabat.

di pejabat skali lagi aku kena tulih nama. dia check nama aku dale buku tu. "mung nih masuk kali ketiga dah dale tepoh 5 tahun nih wat saloh. lor nih mung pilih rotan mano hok mung nok dale 3 nih (aku pilih medium). dengan ini saya guru besar en chamrass ehkoo menjatuhkan hukuman rotan sebanyak 3 kali di atas kesalahan yang telah kamu lakukan (tu lah lebih kurang ayat pertuduhan). kamu mengaku ? (aku hangguk jah, dale hati dok kecut perut, sakit woo kalu kena)".

zzzzappp 3x kat punggung aku. pakai spendar cap kulit buaya pun x guna. memang terasa libasan tu. kali pertama aku kan terus melompat. kali kedua dan ketiga aku tahannnn sakit. habis hukuman ada lagi yang hukuman lain. ni yang paling aku dan pelajar2 lain takut. setiap pelajar yang telah dihukum rotan akan dihantar pulang sendiri oleh cikgu besar ke rumah. samada naik mercedes (yg dulu2 punya) atau motor honda samah (tanya oghe kelate). aku dengan berat melangkah ke kelas, kemas beg (cikgu ghani tengokkk jer dgn mata yang sayu), tunggu kat parking guru besar. ingatkan dapat rasa naik mercedes, naik moto pulok. lagi la aku malu. ye lah, mesti lalu bandar, lalu hospital (sbb aku tggal di quaters hospital). kalu cikgu besar bawak murid pulang mesti ada masalah.

sapa rumah dia pesan supaya maklum pada ayah aku, kenapa aku dibawa kelik. rumah aku tingkat 4. sapa di rumah adik aku tergezut tgk aku kelik awal. aku senyap jah. tgahri abg aku kelik, tegezut jugok (ceh semua tegeZut, aku tak pun). hok aku tersenyum sapa hari nih, abg aku bilik dio tau salah aku, terus amik air semayang, berdoa tok putuh2 supaya bila ayoh aku kelik dia x ngamok. hehe gilo lawok raso maso tuh. kumat kamit dio. masanya telah tiba, mak aku lebih dulu sampai rumah. biasanya dia dulu akan samapai rumah, sebab aku sapa lambat, naik bas sekoloh. dia heran balik2 tgk aku ado doh. dale dok soal jawab, aku dgr kereta ayoh aku pulok, ketak, ketuk bunyi kasut dio. jatung aku supo nok pecoh.. berdebar, nok teberok, nok tekencing suma ado.. ayoh aku bekeng sehh. jgn la wat saloh.
masuk jah ayoh aku dale umoh.... (hehe sambung episod 2. panjang sgt nih)

Thursday, May 12, 2011

kueh ambo sedap jelira






"Ketupat-ketupat ketape
Beke chek mek teghe woh hulu
Jelepak akok serabe
Taik itik woh gomok kosu
Nekbak onde2 senggupal puting sagu
Cendol lopak tike buoh tanjung
koleh ubi kayu
Cacar tepung ape
tepung suna teri mandi
Cucur putu maye
tepung bukus"

bilo mari jauh dok tepak oghe, nok x nok nyo mari teringat ko segalo jenih moknike makanan di kg. klate kayo dengan kuih tradisi. supo kato halim yazid, nok buak kueh klate nih x payoh benar. benda asas hanya tepung, gulo & telur. maka keluarlah seribu sa jenih. ikut pado selero kito nok make. aku kalu bab kue dari kecik suko make lopat tikam, butir nako, akok, cendol, ketupat sambal daging (humm hok tok aku buat sedap sengoti wei), tait itik dan tepung bukuh. banyok lagi tu kalo nok senara.

pagi2 sebelum aku g sekoloh, mak aku kadang2 ado buat brekfas, uli telur dale tepung, capur gulo skit terus jadi lempeng @ pankek (betul ke eja nih). minum dgn teh o. huh keyur air liur teringat gak.

pagi2 diklate meme stail make nasik belauk. puye lor nih pulok nyo famous aye kampung. x kiro lah goreng ko gula ko, sedap nyakut wei. nak kali cuti sekoloh aku kelik kg mesti cari nasi belauk aye kg. jauh dari rumah pung aku g. hehe anok aku pun lor jenih make nasik alik pagi. x main la sosej2 nih. pagi hari lagi cari nasik. jenuh popo dio nok masok nasik. mujur jenih x cerewet. nasik capur kicap nga telur pun jadi ali pagi.

hmm tu lar oghe kato hujan mas, tepat oghe,
huje batu tepat sediri, nyo molek tepat sediri jugok.

apopun aku jenih suko jale. g tepat oghe sedap2 dulu, tra hok mano patut,
cari pengalame, sapa maso aku akn kelik tepat asal aku.
permaisuri aku jenih oghe suko belaja. gapo hok aku nok make di tra buak.
nasi dage, nasik kabu.. huh sedap. ari tu sebuk kato teringat ko nasik kabu,
kelik dumoh ado doh... nasik kabu. prihatin sungguh permaisuri ambo (mesti dio sengih kalu dok baco nih hehe).

gedio nok kato lagi, kelik cuti sekoloh nati aku gomo kueh sedap2.
gomo kue gomo!